isu semasa

Firdaus Wong Fail Saman Fitnah RM2 Juta Ke Atas Siti Kasim

Firdaus Wong hari ini memaklumkan bahawa beliau, atas nasihat peguam, telah memfailkan saman fitnah RM 2 juta ke atas Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim).

[Saman Fitnah RM2juta Siti Kasim].Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Thursday, July 11, 2019

Saman tersebut dibuat antara lain berikutan perkongsian – perkongsian status Siti Kasim yang ‘mempunyai status fitnah dengan niat menjatuhkan maruah, memalukan dan merosakkan reputasi serta karier Firdaus Wong’.

Saman ini difailkan rentetan cabaran debat Siti Kasim ke atas Firdaus Wong yang berakhir dengan Siti Kasim menarik diri.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya di Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat & kemudian…”

Firdaus Wong

Ini adalah saman fitnah kedua Firdaus Wong selepas Arunakiri Nathan yang juga memfitnah beliau sebelum ini.

Firdaus Wong turut memaklumkan bahawa selepas ini, seorang lagi figura berprofail tinggi turut akan disaman.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua.

Semoga ada kebaikan dari saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. Allahuma Ameen”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close