isu semasa

‘Game Over’. Akhirnya Siti Kasim Tarik Diri Debat Terbuka Bersama Firdaus Wong.

Setelah beberapa siri drama yang ditampilkan oleh pejuang liberal Siti Kasim, akhirnya kesimpulan boleh dibuat terhadap cabaran yang beliau sendiri kemukakan terhadap Firdaus Wong.

Siti Kasim akhirnya menarik diri daripada debat terbuka bersama Br Firdaus Wong.

Dalam satu siri mesej balas Siti Kasim dengan Firdaus di Whatsapp, Siti menyatakan bahawa ‘debatnya’ hanyalah apa yang dituliskan olehnya dalam whatsapp tersebut.

“Itulah dia, itu debat saya. Sekarang saya cadangkan anda pergi cari perhatian tempat lain dan tipu orang – orang naif yang lain”

Siti Kasim

Ini bermakna, ‘sesi debat’ yang dicabar pihak beliau di ruangan komen Firdaus sebenarnya hanyalah chit chat whatsapp, yang itu pun tidak berlaku lancar kerana beliau ‘sibuk’.

Kronologi ‘Debat’ Firdaus Wong vs Siti Kasim

Berikut dibentangkan secara ringkas kronologi aturan debat antara dua pihak tersebut:

1. Siti Kasim mencabar Firdaus berdebat bersemuka dengannya rentetan isu dakwah ke atas orang Asli.

2) Firdaus Bersetuju dan melantik wakil untuk mengatur perjalanan debat.

3) Beberapa pihak menawarkan untuk menjadi hos debat tersebut. Siti Kasim menolak.

4) Pihak Firdaus mencadangkan perincian penuh debat tersebut.

5) Siti Kasim ‘block’ wakil Firdaus di Whatsapp

6) Siti Kasim cadangkan debat sekadar Live Facebook saja. Dianggap sembang kedai mamak oleh Firdaus.

Balasan Firdaus Wong terhadap ajakan sembang kedai mamak Siti Kasim

7) Firdaus Wong berkompromi tuntutan Siti Kasim, memberi mesej personal kepadanya.

8) Karangkraf bersetuju menawarkan auditorium Karangkraf sebagai lokasi debat, dan disiar langsung di sinar.tv

9) Siti Kasim akhirnya menamatkan ‘debat’ dengan hanya memberi mesej peribadi di Whatsapp, dan menyuruh Firdaus ‘menipu’ orang lain.

10) Firdaus Wong mencabar Siti Kasim untuk mengulang tuduhan ke atasnya dalam sesi Whatsapp tersebut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close