isu semasa

Fail Saman Fitnah RM2 Juta ke atas Ekstrimis Arunakiri

Firdaus Wong telah memfail saman fitnah sebanyak RM2 juta ke atas ekstrimis yang terkenal Arunakiri Nathan.

“Saman fitnah RM2juta telah difailkan oleh peguam saya di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur terhadap Arunakirinathan a/l Thillainathan aka Arunakiri. Pengurusan kes adalah pada 16 Julai 2019”

Firdaus Wong Wai Hung

Arunakiri Nathan sememangnya dikenali sering mengganggu, membuat ugutan dan ancaman, serta mencetus ketidakharmonian terhadap beberapa pendakwah bebas yang tidak sependapat dengannya.

Sejak tahun lalu, beliau mengugut dan memfitnah Firdaus mengarahkan orang untuk merobohkan kuil Hindu menerusi panggilan telefon yang dirakam.

Arunakiri Nathan aka Ak Sufi menghubungi kami dan mengugut kami. Anda boleh tonton sendiri bagaimana beliau mengungkapkan perkataan kesat satu demi satu sepanjang perbualan. Laporan polis akan dilakukan terhadap beliau kerana mengugut dan mengfitnah kami mengarahkan orang untuk merobohkan kuil Hindu dan itu adalah fitnah yang amat merbahaya.

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Monday, January 29, 2018

Pada awal tahun ini, Arun telah ‘menyerang’ premis Multiracial Reverted Muslim dan menuduh pasukan pengkaji MRM sebagai ‘tidak memiliki kebenaran menggunakan kitab Hindu’ dan memaksa memulangkan kitab – kitab yang dibeli secara sah tersebut.

Di bawah nama samaran ‘AK Sufi’ Arun kemudian menampal poster – poster provokasi menyuruh Firdaus memulangkan kitab – kitab Hindu, di samping menyatakan kitab – kitab tersebut sebagai tidak asli dan palsu.

Beliau juga mengatakan haram untuk Firdaus untuk menyentuh kitab – kitab Hindu kerana niatnya jahat.

Image may contain: 2 people

Rentetan daripada fitnah tidak berasas ini, beberapa kelompok Hindu ekstrimis ini telah mengugut membunuh Firdaus.

Di samping menyerang pendakwah – pendakwah, Arun juga telah secara terbuka menghina Sultan dan orang Melayu.

Menyentuh tentang tindakan saman ini, Firdaus menyatakan bukti – bukti telah pun dikumpulkan.

“InshaAllah kami akan saman satu persatu mereka yang pernah menfitnah saya dan mereka telah berada di dalam senarai dan bukti telah dikumpulkan.

Doakan kebenaran terserlah dan kemenangan buat Islam. Jazakumullahu Khairan kepada kesemua peguam saya yang membantu selama ini. Tiga peguam berbangsa Melayu, berdarah India & Punjabi beragama Islam membantu seorang Cina Muslim. Setiap yang beriman itu bersaudara. Allahuakbar”

Firdaus Wong

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close