isu semasaperbandingan agama

‘330 Juta Tuhan’ Ditemu dalam Buku Tulisan Hindu. Adakah Laporan Polis akan Dibuat?

Seorang pendakwah telah ditangkap baru – baru setelah laporan polis dibuat menyatakan beliau menghina agama Hindu.

Sebelum itu, video beliau yang dikatakan menghina tersebut telah dipotong dan disebar – sebarkan sebelum tular dan mengundang kemarahan wargamaya beragama Hindu.

Dalam video tersebut, beliau dikatakan menghina agama Hindu apabila mengemukakan info bahawa penganut Hindu menyembah 330 juta Tuhan. Pernyataan tersebut dibuat sebagai satu perkongsian pengalaman beliau sebelum memeluk Islam.

Pernyataan ‘330 juta Tuhan’ ini dianggap menghina kerana beliau sengaja ‘mengemukakan fakta yang salah’ untuk ‘menipu jemaah masjid’.

Seorang peguam mengatakan bahawa ‘orang Hindu tidak ada 330 juta Tuhan’ dan ia adalah kenyataan yang diputar belit daripada alim di India.

Bermakna, melihat kepada reaksi wargamaya, ungkapan ‘330 juta Tuhan’ itulah yang dianggap mencerca dan menghina, kerana ia adalah satu pernyataan yang salah mengenai agama Hindu, serta tiada sandaran.

Pengungkap pula nampaknya perlu dilapor kepada polis kerana mengganggu keharmonian kaum.

Namun begitu, didapati terdapat sebuah buku yang turut sama mengemukakan ungkapan 330 juta tuhan ini.

No photo description available.

Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis Hindu di Malaysia, Uthaya Sankar SB di dalam bukunya Malaiur Manikam, beliau menjelaskan bahawa wujud pandangan mengatakan jumlah 330 Juta tuhan itu berasal dari kaedah 33 kodi Devar yang mana kodi itu difahami 10 juta.

Dan ia dianggap sebagai satu pandangan di dalam Hindu yang mengisyaratkan sifat infiniti, menurut beliau.

No photo description available.
No photo description available.

Buku tersebut juga pernah mendapat endorsement daripada Ambiga.

Maka persoalan di sini, adakah penerangan tentang konsep 330 juta Tuhan Hindu oleh Uthaya Sankar SB di dalam bukunya Malaiur Manikam dikira menghina agama Hindu ataupun tidak?

Jika menghina, seperti mana yang dihukum ke atas Zamri Vinoth, maka adakah akan ada laporan polis dibuat kepada penulis buku tersebut, penerbit, serta pihak yang meng’endorse’?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close