LGBT

Netflix Saluran Media Paling Banyak Elemen LGBT : Kajian.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh Glaad Media Institute mendapati saluran strim Netflix sebagai yang paling banyak mengandungi elemen LGBT.

Laporan tersebut menganalisis isi rancangan – rancangan dalam tiga saluran strim paling besar; iaitu Amazon, Hulu dan Netflix dan mengenal pasti secara kuantitatif jumlah penonjolan watak dan elemen LGBT.

Netflix sekali lagi didapati sebagai saluran yang paling banyak melibatkan elemen LGBT berbanding saluran – saluran strim yang lain, dengan lebih 40 watak dari kalangan queer dan trans dari tahun 2017 – 2018.

Where We Are On Tv – GLAAD’s Annual Report on LGBTQ Inclusion

Jumlah watak yang berorientasikan LGBT di Netflix adalah berjumlah sebanyak 46 watak, tiga kali ganda berbanding pesaing terdekat Amazon (13 watak) dan Hulu (11 watak).

Where We Are On Tv – GLAAD’s Annual Report on LGBTQ Inclusion

2018 juga memperlihatkan penonjolan watak – watak gay dalam rancangan kanak – kanak terkenal.

Steven Universe telah memperkenalkan perkahwinan sejenis dalam rancangan kanak – kanak yang pertama.

steven-univsere-reunited-wedding.jpg
Perkahwinan Lesbian dalam Steven Universe.

Adventure Time pula mengesahkan hubungan queer antara watak Princess Bubblegum dan Marceline the Vampire Queen.

Image result for princess bubblegum and marceline
Hubungan lesbian dalam rancangan kartun terkenal Adventure Time.

Penonjolan LGBT dalam media semakin meningkat dengan begitu pantas, dan platform strim baru seperti Netflix mendorong trend ini kerana ia mampu memenuhi kehendak penonton niche.

Wajar Bimbangi Pengaruh LGBT dalam Netflix

Kebimbangan terhadap pengaruh LGBT dalam saluran media Netflix dalam kalangan Malaysia baru – baru ini disuarakan Ahli Parlimen Datin Mastura Mohd Yazid.

“Ini adalah berkenaan filem – filem dalam Netflix. Adakah mekanisme berbeza yang dikenakan terhadap filem biasa dan filem yang ditayangkan dalam Netflix?

Ini kerana saya melihat tersebarnya adegan seks dan elemen LGBT yang menyebabkan kebimbangan dalam masyarakat”

Kebimbangan beliau ini hakikatnya bersandar kepada fakta dan statistik seperti yang dikemukakan seperti di atas. Namun kemudian ia dikecam hebat:

Kebimbangan terhadap elemen LGBT dibalas dengan serangan peribadi
Komen – komen netizen yang mengecam hebat

Sewajarnya elemen – elemen penyebaran amalan seks songsang dihalang daripada dinormalisasikan di Malaysia, kerana seperti mana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Malaysia tidak menerima amalan LGBT dan perhubungan sejenis.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata penularan gejala songsang itu juga jelas memperlihatkan tanda bahawa dunia kini sudah semakin ke penghujung dan menjadi tanda-tanda kepada akhir zaman.

Katanya, perkara itu diperkuatkan lagi dengan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang jelas menerangkan berleluasanya tingkah laku membabitkan golongan LGBT yang bukan sahaja ditegah oleh agama Islam malah turut dilarang beberapa agama lain di dunia kerana sangat menyimpang daripada fitrah manusia.

“Perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah bagaimana untuk mengeluarkan golongan LGBT dari penyimpangan dan bukan dengan menegakkan dan menjustifikasi penyimpangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close