isu semasaLiberal

“Kes Rogol dan Pencabulan BFM89.9. Di Mana Kecaman Liberalis? Adakah Suara Mereka Hanya Terhadap Tahfiz?”

Sebuah saluran radio terkemuka Malaysia BFM yang dikenali dengan pandangan liberal progresif telah mencetus kontroversi apabila sebuah email mendedahkan perilaku jenayah seksual stesen tersebut.

Dalam email tersebut, penulis yang mengatakan dirinya sebagai pekerja BFM89.9 mendedahkan jenayah rogol, pencabulan, jenayah seksual, budaya pemangsa, manipulasi, penghendapan, dan menukar agama hanya kerana ingin mendapatkan staf perempuan di situ.

Lebih menggusarkan, kelakuan – kelakuan tersebut dikatakan tidak diendahkan oleh pihak pengurusan hanya kerana pengaruh dalam bulatan liberal.

Saya menulis email ini tidak bernama kerana saya takutkan reputasi saya, dan apa yang bakal dilakukan oleh kumpulan liberal dan syarikat saya sekiranya mereka tahu identiti saya.

BFM89.9 kemudian mengeluarkan kenyataan terhadap kontroversi tersebut:

Ujar mereka, ‘siasatan dalaman kini sedang dijalankan’.

Respon BFM bagaimanapun dianggap tidak memuaskan:

“Kami mengambil laporan gangguan dan salah laku seksual dengan serius” Hanya setelah ia menjadi isu publik yang besar. Siapa anda mahu tipu?

Seorang pengguna menyatakan sikap hipokrasi mereka yang selama ini menghakimi orang lain dan sentiasa memperjuangkan ‘good governance’.

Di Mana Suara Liberalis?

Satu lagi persoalan yang menghairankan adalah bagaimana isu ini seolah – olah ‘disenyapkan’ oleh media dan hampir tidak dibangkitkan oleh golongan – golongan pro liberal serta golongan pejuang hak wanita tertindas.

Kes liwat di tahfiz gegak gempita liberalis, kes rogol dan ganggual seksual BFM sunyi sepi. Liberalis dan hipokrit berpisah tiada.

Posted by Ahmad Nu'man on Monday, 3 December 2018

Semakan di laman Siti Kasim, Sisters in Islam, Marina Mahathir, Projek Dialog tidak memperlihatkan apa – apa komen mengenai hal ini.

Sedangkan umum mengetahui kelantangan dan kepantasan mereka memberi komen setiap kali kes salah laku seksual melibatkan golongan agama – ustaz dan tahfiz.

Berkenaan fenomena ini, tulisan email tersebut mungkin boleh mendatangkan jawapan:

Tolong saya, tiada siapa percayakan saya. Saya telah bercakap dengan NGO wanita di KL, tapi mereka enggan percayakan saya kerana berkawan dengan orang – orang di BFM. Bulatan liberal melindungi satu sama lain.

 

Tags

Related Articles

4 Comments

  1. Why don’t you and the rest whom affected by these bastards resign. I know its hard but believe that rezeki is from Allah s.w.t.

  2. Make a police report, followed by public petition and get it done across all social media platform. This is a severe issue to all women and as a father of a daughter, i strongly hate this situation and such action should be punished, even though it takes my life.

Leave a Reply to Zaila Zakaria Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close