Liberal

Kes Rogol BFM | Konspirasi Menyorok Jenayah dan Hipokrasi Feminis Liberalis

Beberapa tempoh lepas, pernah tular mengenai pembongkaran kes rogol dan salah laku seksual di stesen radio ‘liberal’ tanah air BFM.

Pembongkaran tersebut meletus naik apabila salah seorang pekerja BFM memuat naik surat terbuka meminta pertolongan orang ramai kerana aduan beliau tidak diendahkan pihak pengurusan hanya kerana mereka melindungi bulatan liberal mereka.

Surat yang tular mendedahkan jenayah rogolpencabulan, jenayah seksualbudaya pemangsamanipulasi, penghendapan di BFM.

Baru – baru ini, BFM mengeluarkan satu kenyataan media menjawab isu tersebut. Kenyataan media tersebut bagaimanapun menimbulkan lebih banyak persoalan:

Soalan – soalan yang Perlu Dijawab BFM

[Rogol/Serangan Seksual Di BFM, Mana Yang Betul?]Apabila tularnya satu email dari pekerja wanita BFM Radio – The…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung (Official) on Monday, 7 January 2019

Firdaus Wong menyenaraikan beberapa persoalan kritikal yang mesti dijawab oleh pihak BFM:

  1. Pada 1 Disember 2018, iaitu setelah tularnya email pendedahan tersebut, pihak pengurusan BFM segera mengeluarkan kenyataan pada 1 Disember mengatakan “Buat masa ini, kami masih lagi belum dapat mengesahkan lagi apa-apa situasi yang telah dirujuk.” Namun dalam kenyataan media bertarikh 7 Januari 2019, mereka mengakui bahawa “pihak pengurusan BFM telah MENERIMA ADUAN PADA MEI 2017”. Apakah anda tahu atau tidak kes rogol/seksual telah berlaku semasa mengeluarkan kenyataan pada 1 Disember di mana anda TIDAK DAPAT MENGESAHKAN tentang kes tersebut sedangkan hasil siasatan anda mendapati ADUAN TELAH DITERIMA PADA MEI 2017 dan pekerja itu telah dibuang kerja?
  2. Mana satu kenyataan anda yang betul kerana kedua-dua adalah bercanggah. Jikalau salah satu adalah betul dan salah satu adalah menipu, mengapa anda mengeluarkan kenyataan yang palsu?
  3. Kenyataan mereka pada 7 Januari 2019 juga turut mengatakan “Pihak pengurusan BFM tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, pada masa tersebut.” Kes rogol/serangan seksual tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara? Atau sebenarnya pihak BFM yang memberikan tekanan kepada mangsa untuk tidak membuat laporan polis untuk ‘cover’?
  4. Apakah benar mangsa yang tidak mahu melanjutkan perkara itu atau ada ugutan/desakan dari pihak berkepentingan terhadap mangsa untuk menutup mulut ataupun mangsa dibayar untuk menutup mulut? Ini perlu penyiasatan lanjut dari PDRM dan SPRM.
  5. Terakhir sekali sudah tentu NGO wanita manakah yang berdiam diri itu yang bersekongkol dengan liberal di dalam BFM? You scratch my back and I’ll scratch yours?

Pecat Sahaja?

Satu perkara yang cukup mengejutkan berkenaan tindakan yang diambil oleh BFM adalah keputusan mereka untuk tidak melaporkan kes rogol dan salah laku seksual pekerja mereka kepada polis, dan hanya memecat mereka.

Mereka juga hanya menjalankan siasatan dalaman secara tersembunyi, tanpa memanjangkannya kepada pihak berautoriti. Itu pun penyiasatan hanya dijalanankan setelah dibongkarkan oleh email tular tersebut.

Hal ini turut dipersoal oleh Ramkarpal Singh yang mengatakan bahawa pemecatan tersebut ‘cukup menggerunkan’, serta mendesak agar laporan polis dibuat.

Pemecatan pekerja tersebut menunjukkan bahawa sememangnya terdapat kebenaran terhadap dakwaan kes rogol dan pencabulan seksual.

Ini adalah perkara serius yang mesti diselesaikan segera dan BFM perlu ambil langkah yang sewajarnya untuk mendedahkan keputusan dan bukti penyiasatan dalaman mereka untuk diambil tindakan oleh pihak polis.

Ramkarpal Singh

Pengamal media juga mempersoalkan bagaimana sekumpulan perogol boleh dibiarkan terlepas begitu saja, yang tidak diketahui identiti mereka. Ini adalah suatu situasi yang menyeramkan.

Berubahnya Sikap Liberalis dan Feminis

Begitu juga, satu hal yang turut dipersoalkan adalah kesenyapan golongan – golongan ‘pejuang hak wanita’ dan ‘pejuang sosial’ daripada kalangan liberalis dan feminis berkaitan isu BFM ini.

Sedangkan merekalah yang sebelum ini cepat saja menyuarakan nasib wanita – wanita dan golongan minoriti yang ‘tertindas’, apatah lagi apabila pelakunya dari kalangan ‘pak lebai’ dan tahfiz.

Perubahan sikap yang paling menghairankan bagaimanapun ditunjukkan oleh Siti Kasim:

Image may contain: 1 person, text that says "Siti Kasim Mungkin kau orang ni terlampau penuh taik dalam kepala tu pasal kalau tak kecam orang, tak puas hati kan? Hati gelap, otak gelap sampai baca pon tak boleh. Cuba baca apa yang pengadu nak sebenarnya? Pengadu tidak mahu perkara ini berlanjutan. Because you are too blardy stupid to understand that without the cooperation of the complainant, any sexual offences cases will fail. There's really no cure for stupidity. 5 5h Like Reply"

Siti Kasim sekadar memberikan alasan bahawa ‘pengadu tidak mahu perkara ini berlanjutan’.

Responnya dikritik dan dikecam oleh pengguna media sosial yang mendedahkan sikap hipokrasi dan pendakwaan terpilih:

Hal ini turut disuarakan oleh non Muslim yang menjangka pasti lain reaksi mereka sekiranya pelakunya dilakukan golongan Islamis.

Seorang pengguna media sosial mendedahkan mazhab feminis Malaysia yang bergerak atas nama progresif, tapi hakikatnya samar – samaran sahaja. Mereka menjual diri mereka hanya untuk memburukkan Islam.

FEMINIS YANG SOLD OUT & RADIO BFM PEROGOL DAN PENCABUL.Feminis dan alirannya.Menurut Almarhum Dr Mansour Fakih…

Posted by Muhammad Alif Al-Anarki on Monday, 7 January 2019

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close