Syiah

“Syiah Diserbu Bantah, Zakir Naik Dihalang Solat Suhakam senyap pula”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dikritik apabila membantah serbuan JAIS ke atas markas pengikut Syiah tetapi berdiam apabila Zakir Naik dihalang bersolat jemaah.

Hipokrasi ini diluahkan oleh peguam Lukman Sheriff dalam hantaran Facebook beliau:

” This is my issue with Suhakam. Bila Zakir Naik hari tu kenapa tak support hak freedom of religion and expression untuknya. Siap ada orang nak halang dia sembahyang jemaah pun. Tetapi senyap seribu bahasa.


There is something very wrong when they apply selectively. Kalau bising Zakir Naik ucap hate speech menteri Kula keluarkan hate speech senyap pula. Sama juga sesetengah yang mahu menyekat sebaran Islam kepada orang asli. Bukan ke ini pun bertentangan dengan freedom of religion. Sungguh frustrating. Macam mana ke boleh jadi cam ni”

Serbuan ke atas 22 individu disyaki penganut ajaran Syiah itu telah dibuat pada awal bulan ini di Taman Sri Gombak.

Suhakam mengatakan serbuan ke atas markas Syiah tersebut telah mencabul hak kebebasan agama mereka, seperti yang dilaporkan oleh FMT.

“Melainkan pihak berkuasa Malaysia, NGO dan persatuan sivil menghormati dan bertoleransi terhadap amalan semua orang, kita tak boleh mengaku sebagai negara yang berbilang budaya” ujar Suhakam.

Serbuan ke atas pengikut Syiah itu bagaimanapun adalah bertepatan menurut prosedur operasi piawai (SOP) JAIS, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor.

Selangor jelas melarang ajaran itu dengan memberi amaran dalam khutbah setiap Jumaat. Tambahan pula, pada khutbah Jumaat sebelum serbuan dilakukan, tajuk yang disampaikan adalah membongkar ajaran Syiah.

Bagaimanapun, dalam peristiwa yang juga mencabar hak kebebasan agama di tanah air, suara Suhakam tidak kedengaran.

Awal bulan ini, sensitiviti umat Islam dicabar apabila majlis solat berjemaah bersama Zakir Naik dibantah oleh bukan Islam termasuk ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee daripada parti DAP.

Program tersebut bagaimanapun tidak melibatkan ceramah oleh Pendakwah Dr Zakir Naik, tetapi hanya sekadar menganjurkan ibadat solat dan zikir bersama.

Hal ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang merasakan ini adalah campur tangan secara langsung orang bukan Islam ke atas amalan ibadah umat di Islam di masjid – masjid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close