isu semasa

Laman Facebook Tular Bongkar Penglibatan Ahli Politik Malaysia dengan Kumpulan Pengganas

Sebuah laman Facebook baharu yang khusus membongkar penglibatan ahli politik Malaysia dengan pertubuhan pengganas telah tular dan mendapat perhatian masyarakat baru – baru ini.

Laman yang diberi nama ‘Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari Di Malaysia’ tersebut mendedahkan info – info kegiatan beberapa gerakan pengganas dan misionari di tanah air.

Antara pendedahan yang mengejutkan adalah perarakan LTTE di Malaysia yang mengangkat logo pengganas LTTE dan pengasasnya Prabhakaran. Pendedahan tersebut mencapai 13 ribu perkongsian di Facebook sahaja.

Lihatlah Muka Penyokong Pengganas LTTE Berleluasa Di Malaysia!Malaysia antara negara yang mengharamkan LTTE dan…

Posted by Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia on Thursday, September 19, 2019

Turut didedahkan adalah video tular yang menampilkan P Ramasamy dalam sebuah himpunan LTTE besar – besaran di Kuala Lumpur.

Program Himpunan LTTE MalaysiaDi dalam program ini menghimpunkan penyokong pengganas LTTE dan juga V.Prabhakaran di Kuala Lumpur. Himpunan ini diadakan di KL & Selangor Chinese Assembly Hall. Dijemput dalam program ini Seeman bekas ahli LTTE, dan kini pimpinan kepada LTTE di Tamil Nadu iaitu parti Naam Tamilar Katchi. Antara yang menjulang logo pengganas LTTE di dalam himpunan ini adalah P.Ramasamy dan beberapa ahli politik lain. Mereka ini banyak kali mengganggu siasatan pihak polis dan membuat spekulasi di atas itu melibatkan geng mereka.

Posted by Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia on Friday, September 20, 2019

Siri – siri pendedahan tersebut nampaknya telah menimbulkan keresahan P Ramasamy yang kemudian menulis panjang lebar untuk membersihkan dirinya daripada ‘perkaitan dengan kumpulan pengganas’.

P Ramasamy mengatakan bahawa pembongkaran – pembongkaran tersebut tidak lain merupakan usaha memburukkan beliau kerana berterusan menyerang Dr Zakir Naik.

Laman Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari Malaysia itu bagaimanapun berterusan mendedahkan fakta sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap LTTE dengan melakukan ritual, usaha sama berterusan dengan pemimpin LTTE, serta taat setia dan penghormataan kepada LTTE.

Difahamkan, bahawa laman tersebut merupakan kesinambungan laman Facebook sebelum ini yang dinamakan ‘Tangkap Ramasamy LTTE’, yang telah dipadam Facebook atas alasan ‘gangguan dan buli’.

Laman terbaru ini bagaimanapun turut diancam tindakan pemadaman oleh Facebook apabila hantaran yang dilakukan diturunkan kerana ‘bertentangan dengan standard komuniti’, seperti yang dimaklumkan oleh admin laman.

Terbaru, pendedahan mengenai aktiviti pengagungan LTTE telah mendapat respon balas daripada pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tegas akan diambil polis terhadap pihak atau individu yang dikesan terbabit dengan aktiviti pertubuhan pengganas dari luar negara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Laporan Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close