info Islam

Layanan Istimewa Raja Muda Perlis Kepada Saudara Baru

Shahadah seorang saudara baru di Pulau Pinang mendapat layanan dan perhatian istimewa apabila disaksikan sendiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Proses shahadah tersebut dikendalikan oleh Ustaz Kamarudin Abdullah dengan dihadiri juga oleh Dato Arif Perkasa Dr Asri – Mufti Negeri Perlis di Bilik Shahadah IPSI.

Raja Muda PerlisĀ telah berkenan berangkat dan mencemar duli untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 5 September 2019 bersamaan 5 Muharram 1441H.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and text

Baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan asnaf mualaf serta memberi perhatian kepada mereka untuk didedahkan kepada kelas-kelas pengajian agama yang bertujuan untuk memperkuatkan keimanan dan jati diri mereka sebagai umat Islam.

Titah baginda, pihak ini juga perlu memastikan bantuan sewajarnya disampaikan kepada golongan mualaf yang tersisih dari keluarga mereka atau menghadapi kesulitan dalam ikhtiar hidup.

“Ini supaya mereka mendapat semangat dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa setelah bergelar muslim,” titah baginda

Daulat Tuanku Dirgahayu Tuanku

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close