LGBT

Kajian Konklusif Besar – besaran Simpulkan ‘Gene Gay’ Tidak Wujud

Sebuah analisis genetik ke atas separuh juta orang telah menyimpulkan tiada ‘gene gay’, sekaligus membantah teori yang mengatakan orientasi seksual seseorang ditentukan oleh komposisi genetik mereka.

Kajian tersebut, yang diterbitkan dalam Science, menggunakan data daripada syarikat genetik UK Biobank dan 23andMe. Ia dianggap 100 kali ganda lebih besar skalanya berbanding kajian – kajian sebelumnya dalam topik yang sama.

Ia menyimpulkan bahawa tiada satu pun gene tunggal yang menjadikan seseorang itu gay, lesbian atau biseks, sebaliknya jika genetik merupakan satu faktor, berkemungkinan ia meliputi ribuan gene.

Prof Ben Neale dari Unit Genetik Hospital Besar Massachusetss yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan:

“Tiada gene gay yang tunggal. dan ujian genetik hubungan homoseks tidak akan menghasilkan apa – apa”

Prof Ben Neale, seperti yang dipetik dari BBC

David Curtis, Profesor Kehormat Institut Genetik UCL mengatakan bahawa “kajian ini secara jelas menunjukkan tiada yang dipanggil gene gay”.

Teori ‘gene gay’ ini dapat dijejak dikemukakan sejak tahun 1993 lagi menerusi satu eksperimen yang tidak pernah diulang semula.

Teori genetik tersebut bagaimanapun dipersoalkan kerana metodologinya yang memiliki ralat yang serius.

Menurut Prof Madya Dr Rafidah Hanim, “Ada kajian yang mengiklankan secara terbuka sesiapa yang ingin menjadi sampel kajian mereka, menyebabkan hanya mereka yang telah ada kecenderungan ke arah gaya hidup seksualiti sahaja yang melibatkan diri. Ini bermakna, sampel kajian mereka tidak rawak. Keduanya, kajian menggunakan pasangan kembar dalam memastikan genetik adalah faktor, tidak lari dari pengaruh asuhan kerana kedua-dua kembar lazimnya tinggal bersama dalam satu unit keluarga”

Malah menjustifikasikan perbuatan hubungan sejenis dengan gay juga membuka ‘kotak pandora’ kerana pihak lain juga boleh mengklaim bahawa mereka melakukan kejahatan, merogol, mendiskriminasi orang gay juga disebabkan oleh genetik.

Dari segi teori evolusi, idea gene gay ini juga merupakan suatu paradoks kerana individu gay tidak miliki anak untuk mereka wariskan gene mereka. Jadi bagaimana gene tersebut mahu meneruskan kemandiriannya menerusi pemilihan semula jadi?

Bermakna menerusi keputusan kajian ini, penjelasan amalan gay menerusi faktor genetik tidak lagi boleh terpakai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close