isu semasa

Laman Dedah Penglibatan Ramasamy dengan LTTE Dipadam Facebook.

Sebuah laman Facebook yang mengkhususkan pendedahan – pendedahan penglibatan P Ramasamy dengan kumpulan pengganas LTTE telah dipadam sebentar tadi.

Pemilik akaun ‘Tangkap Ramasamy LTTE’ telah menghubungi Fakir Ilmu dengan menghantar tangkap layar notifikasi Facebook mengatakan bahawa laman tersebut telah dinyahterbit atas alasan ‘bertentangan dengan Standard Komuniti berkenaan gangguan dan buli’.

Keputusan ini bagaimanapun mengundang tanda tanya mengapa suatu medium yang cuba membongkar perkaitan ahli politik dengan aktiviti keganasan mahu ‘didiamkan’ oleh Facebook.

Adakah Facebook lebih menitikberatkan ‘pembulian maya’ berbanding latar belakang keganasan pemimpin korup?

Pada masa yang sama, Facebook membenarkan pula laman yang khusus menghina pendakwah Islam Dr Zakir Naik seperti ‘Zakir Naik Best Comedian’.

Antara hantaran terakhir laman tersebut adalah membongkar perkaitan Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran dengan pertubuhan LTTE.

Laman tersebut juga mendedahkan pengakuan Ramasamy mahu kerajaan Malaysia mengiktiraf pengganas LTTE sejak tahun 2010 lagi sebelum Pakatan memegang kuasa.

“Jika pakatan politik kami menang di peringkat Pusat di Malaysia saya akan menggerakkan usaha untuk mengiktiraf Tamil Eelam.” – P Ramasamy, seperti yang dilaporkan tamilnet.com.

Turut didedahkan adalah video gerakan LTTE di Malaysia yang ‘menyembah’ AK 47 sepertimana yang dilakukan P Ramasamy.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close