info Islam

Kerana Agama, Muslimah Norway Rela tidak Bersalaman dengan Putera Raja.

Sebuah insiden berlaku baru – baru ini di Masjid Norway yang menggoncang media Barat.

Bakal raja Norway, Crown Prince Haakon melawat Masjid Baerem yang terselamat daripada serangan tembakan beramai – ramai tempoh hari. Beliau kemudian menghulurkan tangan untuk menjabat pelawat Masjid, termasuklah seorang Muslimah. Muslimah tersebut secara sopan menolak, sebaliknya beliau meletakkan tangan di atas dada beliau sebagai simbol penghormatan alternatif.

Putera raja tersebut kemudian menyedari gerak tubuh itu dan kemudian memberikan penghormatan kepada Muslimah lain dengan cara yang sama, iaitu dengan meletakkan tangannya di atas dada!

Sudah pasti, media anti – Islam kemudian menjadikan kesalahfahaman budaya yang kecil ini dan menjadikannya suatu serangan besar – besaran ke atas Muslim dan polisi imigrasi. Apatah lagi, pilihan raya akan diadakan dalam masa dua minggu saja lagi.

Memberi komen tentang peristiwa ini, Dr Waleed Hakeem mengongsikan pengalaman beliau berinteraksi dengan seorang rakan Jepun.

Setelah lama tidak berjumpa, Dr Waleed mendepakan tangannya untuk memeluk rakannya itu, sebagaimana dalam budaya Arab.

Lelaki Jepun itu bagaimanapun menolak dengan hormat perbuatan itu kerana dalam budaya beliau, dua lelaki yang menyentuh satu sama lain dipandang buruk! Sebagai ganti, beliau menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Dr Waleed pula menjelaskan bahawa dalam agama beliau, umat Islam tidak dibenarkan tunduk kepada sesiapa saja selain Tuhan. Maka beliau menganggukkan kepada sambil meletakkan tangan di dada, iaitu gaya tubuh yang sama yang dilakukan Muslimah ke atas putera raja Norway itu.

“Adakah ada sesiapa yang rasa tersinggung? Tidak sama sekali! Dua orang dewasa yang matang sentiasa memahami bahawa manusia berbeza – beza, dan mereka miliki budaya yang berlainan menurut kepercayaan dan cara mereka dibesarkan. Hanya orang yang tidak matang yang membesar – besarkan interaksi manusia yang kecil seperti bersalaman!”

“Protokol pertemuan dengan Permaisuri England adalah anda tidak sepatutnya menghulurkan tangan untuk bersalam, walaupun ketika beliau di tempat orang. Muslimah – muslimah kami juga adalah Permaisuri keluarga dan masyarakat, maka kami Muslim melayan mereka sepertinya!”

Walaupun cuba diburuk – burukkan oleh media anti Islam, insiden ini diharapkan agar dapat lebih menyemai kesefahaman terhadap Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close