feminisme

Menuduh Ulamak Melacurkan Syariat, Peguam Feminis Meludah Di Muka Sendiri

Golongan feminis dan liberal nampaknya sedang berusaha keras menegakkan perjuangan menghentikan amalan khatan wanita di negara kita.

Sikap keras mereka terhadap isu ini, seolah – olah ia adalah masalah kritikal isu wanita dalam negara, mendatangkan tanda tanya terutama sekali apabila kumpulan yang sama berdiam diri terhadap jenayah rogol, eksploitasi seksual dan usaha mensenyapkan mangsa di stesen radio liberal BFM.

Sebuah pertubuhan wakil wanita Muslim, WAFIQ, kemudian bangkit menjawab pertuduhan Sister in Islam terhadap amalan berkhatan wanita.

WAFIQ yang diketuai oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar tersebut menjelaskan bahawa khatan wanita tersebut bukanlah Female Genital Mutilation (FGM), tidak membahayakan dari sudut perubatan, tidak pernah ada laporan komplikasi perubatan, serta merupakan sebahagian tuntutan agama.

Related image
Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar, presiden Wafiq.

Bermakna, persatuan wanita yang mewakili Muslimah Malaysia sendiri menyokong amalan khatan yang telah diamalkan sekian lama. Itulah pilihan mereka yang semestinya dihormati.

Pandangan dan pilihan mereka bagaimanapun ditentang oleh seorang lelaki peguam feminis, yang memposisikan dirinya lebih tahu mengenai amalan dan pengalaman khatan wanita, melebihi persatuan wanita sendiri.

Eh sebentar. Apa?

Menyuruh Perempuan Tidak Mengikuti Pandangan Lelaki, dengan Menyuruh Perempuan Mengikuti Pandangan Lelaki.

Bagi sesiapa yang mengenali gerakan feminis, pasti pernah timbul banyak kekeliruan tentang apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.

Namun, mungkin ramai setuju sekiranya dikatakan bahawa antara perjuangan feminis adalah:

Supaya wanita tidak perlu mengikuti pandangan lelaki untuk menentukan isu dan nasib mereka

Inilah yang pernah dipamerkan oleh feminis Maryam Lee, iaitu apabila pernah dianjurkan forum mengenai Feminisme oleh panel antarabangsa lelaki, beliau menceroboh dan menjerit

“Lelaki tidak boleh menentukan apa wanita fikir, apa tindakan mereka, dan apa mereka mahu buat!”

Image result for maryam lee zara faris
Maryam Lee, feminis yang membantah lelaki membicarakan tentang feminisme, walaupun dalam latar akademik.

Dan itulah sebabnya tulisan oleh Afiq Mohd Noor yang bertajuk “Khitan Perempuan: Menjawab kekeliruan Wafiq” ini benar – benar mendatangkan garuan pada kepala. Rasa kelakar pun ada. Betapa ironi dan hipokritnya golongan feminis liberal.

Afiq Mohd Noor, seorang pejuang feminis yang pernah berkhidmat dengan Sisters In Islam, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana pandangan aneh beliau terhadap homoseksual, ternyata merupakan seorang lelaki.

Maka sekarang, bukankah kita melihat seorang lelaki menggunakan kuasa patriarkinya untuk membuat mansplaining kepada persatuan wanita bahawa mereka salah pada isu khatan wanita yang mereka wanita amalkan itu sendiri?

Tidakkah kita lihat bahawa inilah toxic masculinity yang ditentang oleh feminis? Seorang lelaki yang membantah pilihan sekumpulan wanita kerana pilihan dan tafsirannya sebagai lelaki lebih baik?

Afiq juga membantah pandangan WAFIQ yang meminta supaya amalan khatan wanita tidak disamakan dengan ideologi berbahaya bahawa wanita lebih rendah tarafnya dengan lelaki, dengan jawapan sinis yang jelas mempamerkan sisi misoginisnya:

Ternyata, ‘hikmah’ dari amalan khitan perempuan adalah untuk menyeimbangkan nafsu perempuan agar tidak menjadi ‘jalang’… Inilah racun-racun patriakhi yang sudah melacurkan syariat dengan tafsiran-tafsiran misigonis terhadap perempuan.

Dengar tu wahai sekalian wanita Muslimah di luar sana. Seorang lelaki meminta anda untuk tidak memilih mengamalkan khatan wanita kerana anda sudah diracuni racun ‘patriakhi’ misoginis yang melacurkan syariat. Anda tak tahu perkara ini. Mujur seorang lelaki feminis yang tidak pernah merasai amalan khatan wanita membetulkan anda. Sudah pasti dia lebih tahu, kerana dia seorang lelaki pejuang feminis.

Ironi.

Bantahan Terhadap Pendalilan Selektif

Bagaimanapun, bagi pembaca lain yang berminat mendalami argumen dari sudut dalil yang dikemukakan – tulisan balas Dr Sanusi ini sudah lebih daripada memadai:

No photo description available.

1. Saya ditanya berkenaan artikel Malaysiakini yang mempertikaikan isu khitan (sunat) wanita dan bantahan Sisters in Islam. Mereka menilai semula hadith-hadith yang digunakan dalam pensyariatan khitan ini. Malah artikel tersebut memberikan contoh hadith Abu Daud yang dikatakan daif dari segi statusnya yang menyebabkan mereka mempertikaikan pengamalan sunat wanita.

2. Ini adalah salah satu modus operandi yang sering dilakukan oleh mereka. Mereka memilih untuk menampilkan hadith-hadith yang lemah sedangkan hadith-hadith yang sahih telah wujud untuk mengesahkan pensyariatan khitan wanita itu sendiri.

3. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith sahih:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

“Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” (HR Muslim)

Hadith ini menggambarkan bagaimana yang berkhatan itu bukan sahaja lelaki bahkan perempuan.

4. Begitu juga hadith yang sahih berkenaan sunnah yang menjadi fitrah ke atas manusia yang disebutkan oleh Rasulullah. Hadith tersebut turut menyebutkan khitan atau sunat sebagai sebahagian dari fitrah manusia. Sabda Rasulullah:

الفِطْرَةُ خَمْسُ : الخِتَانُ وَالاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَتَقْلِيْمُ الأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Fitrah manusia itu adala lima iaitu khitan, istihdad (mencukur bulu kemaluan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur kumis”

5. Pensyariatan ini turut disokong oleh hadith Ummu Atiyyah yang menyebutkan:

حديث أم عطية رضي الله عنها قالت: إن امرأة كانت تختن بالمدينة، فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم: “لا تنهكى، فإن ذلك أحظى للزوج، وأسرى للوجه”

“Ummu Atiyyah berkata: Sesungguhnya para wanita (mengamalkan) khatan di Madinah, lalu Rasulullah berpesan: Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” (HR Abu Daud)

6. Hadith Ummu Atiyyah riwayat Abu Daud inilah yang menjadi pertikaian. Ia dinilai sebagai daif oleh sebahagian riwayat. Namun sebahagian sarjana Muslim turut menilai hadith ini sebagai hasan (baik dan diterima) kerana jalur riwayat lain yang membantu. Ini dinyatakan oleh al-Albani yang menyebutkan:

وأقول مجيء الحديث من طرق متعددة ومخارج متباينة لا يبعد أن يعطى ذلك الحديث قوة يرتقى بها إلى درجة الحسن 

“Dan saya berpendapat bahawa kedatangan hadith ini dengan jalur yang pelbagai dan sumber yang berbeza tidak jauh untuk diberikan hadith tersebut nilai kekuatan untuk diangkat (statusnya) kepada hasan. (al-Silsilah al-Sahihah) 

7. Hadith yang hampir sama juga diriwayatkan oleh Ummu Habibah. Ummu Habibah terkenal dengan tugasannya sebagai bidan dalam perkara ini. Rasulullah bertanya tentang perbuatannya menjalankan khitan perempuan. Lalu Ummu Habibah berkata:

إلا أن يكون حراماً فتنهانى عنه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “بل هو حلال، فادني منى حتى أعلمك”

“Kata Ummu Habibah: Sekiranya (berkhatan wanita) adalah haram, maka Rasulullah sudah pasti melarangku (dari melakukannya). Bahkan Rasulullah berkata: Ia adalah sesuatu yang halal. Dan Rasulullah memanggil Ummu Habibah lalu berkata: Mari dekat sini, aku ingin berpesan kepadamu tentangnya.” Lalu Rasulullah mengajar Ummu Habibah perkara yang sama seperti yang dinyatakan oleh Ummu Atiyyah dalam hadith di atas (no 3). (HR al-Bayhaqi)

8. Atas dalil yang kuat, sebahagian mazhab seperti Syafie dan Hanbali berpandangan bahawa hukum sunat ke atas perempuan adalah wajib. Pandangan ini turut dinyatakan oleh al-Imam Ibn Taimiyyah di dalam Majmuk Fatawa, begitu juga al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dan Ibn al-Arabi daripada mazhab Maliki. Al-Imam al-Nawawi menyebutkan:

الختان واجب على الرجال و النساء عندنا، وبه قال كثيرون من السلف كذا حكاه الخطابي، و ممن أوجبه أحمد … والمذهب الصحيح المشهور الذي نص عليه الشافعي رحمه الله وقطع به الجمهور أنه واجب على الرجال والنساء

“Khitan (sunat) adalah wajib ke atas lelaki dan perempuan di sisi mazhab syafie. Dan pandangan telah dinyatakan oleh ramai ulama’ salaf seperti yang dinukilkan oleh al-Imam al-Khattabi. Malah al-Imam Ahmad turut mewajibkannya. Dan mazhab yang sahih yang masyhur seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syafie dan disokong oleh jumhur adalah (khitan atau sunat) hukumnya wajib ke atas lelaki dan perempuan. (al-Nawawi, al-Majmu’)

9. Pandangan inilah yang dipegang oleh beberapa Mufti di Malaysia termasuklah Mufti Wilayah. Mufti Wilayah turut mengeluarkan pandangan bahawa hukum sunat ke atas perempuan adalah wajib. Ini disampaikan melalui artikel beliau dipautan ini:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-bagi-kaum-wanita

10. Bantahan terhadap cadangan Sisters in Islam untuk mengharamkan amalan sunat turut disuarakan oleh beberapa Mufti di Malaysia termasuklah Mufti Selangor, Mufti Pulau Pinang dan Mufti Perak. Pandangan mereka dinukilkan dipautan ini:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/17/tidak-perlu-haramkan-amalan-khatan-perempuan-kata-mufti/

11. Apa yang menyedihkan, penulis artikel turut menganggap tafsiran ulama’ ini sebagai satu “pelacuran syariat” kerana memberikan tafsiran yang bersifat tidak adil dari sudur gender. Kata beliau:

“Inilah racun-racun patriakhi yang sudah melacurkan syariat dengan tafsiran-tafsiran misigonis terhadap perempuan.”

Tergamakkah kita menyifatkan ulama silam seperti al-Imam al-Syafie, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan yang lain-lain sebagai mereka yang melacurkan syariat?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close