Kristian

Kumpulan Kristian Malaysia Berang Agenda Kristianisasi Dibongkar

Persidangan Gereja – gereja Malaysia telah mengecam pembongkaran agenda Kristianisasi yang dibentangkan dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional, semalam.

Dalam konvensyen koalisi NGO – NGO Melayu Islam tersebut, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Aminuddin Yahaya telah menggariskan beberapa ancaman yang mencengkam nasib ummah, termasuklah liberalisme dan Kristianisasi.

“Jika sebelum ini kita tidak pernah mendengar orang Kristian Evangelis berdakyah ajaran mereka kepada umat Islam, sekarang ia telah dilakukan secara terang – terangan”

Tuan Aminuddin Yahya kemudian membongkar bahawa desakan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian masih berterusan, mereka mendesak menghapuskan perkataan Islam dalam kad pengenalan, dan merealisasikan agenda Joshua Project untuk meletakkan seramai mungkin pemimpin negara yang beragama Kristian evangelis.

Pembongkaran ini kemudian dikecam oleh persatuan gereja kerana dilabel ‘meniup api kebencian kepada komuniti keagamaan minoriti’ dan mereka turut mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Membalas tuduhan pihak gereja ini, Aminuddin Yahaya kemudian menyenaraikan satu persatu rujukan dan fakta agenda Kristianisasi yang telah didokumenkan :

1. Hari ini Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah mengecam dan mempertikaikan kenyataan saya dalam ucapan alu-aluan saya…

Posted by Aminuddin Yahaya on Monday, August 26, 2019

1. Hari ini Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah mengecam dan mempertikaikan kenyataan saya dalam ucapan alu-aluan saya sewaktu Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional baru-baru ini.

Pautan berita: https://www.malaymail.com/…/churches-want-action-af…/1784479

2. Saya hanya menyatakan fakta dan realiti yang berlaku di akar umbi masyarakat di Malaysia.

3. Saya bercakap merujuk kepada laporan ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014 setebal 129 muka surat.

Muat turun laporan MAIS: http://www.mais.gov.my/…/34-buku-pendedahan-agenda-kri…/file

4. Bukan itu sahaja, banyak lagi bukti kristianisasi yang kita boleh dapati dengan mudah di internet terutamanya dari laman-laman web kristian evengelis antarabangsa yang mempunyai ‘special interest’ dan ‘special project’ di Malaysia.

Rancangan The Joshua Project di Malaysia: joshuaproject.net/countries/MY

Muat turun: https://joshuaproject.net/…/ROG3/MY/PeopNameInCo…/Population

5. Selain itu, penulis antarabangsa Iain Buchanan ada menulis secara spesifik di dalam bukunya ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’ mengenai Dominionisme dan Zionisme Kristian di Malaysia.

Muat turun e-buku: https://akarimomar.files.wordpress.com/…/sang-nila-utama-an…

6. Harap ini membuka mata semua pihak dan menyedari bahawa semua ini sedang berlaku di Malaysia.


Beliau juga mengatakan kesediaan untuk berjumpa di mahkamah bagi menghadapi kecaman pihak gereja lantaran pembongkaran tersebut.

“CCM menghentam saya atas ucapan saya bahawa projek kritianisasi adalah ancaman pd umat islam.


Saya tak menghina penganut2 kristian tapi saya mengfokus kepada evangelis. Ini berdasarkan pada laporan Majlis Agama Islam Selangor bukan penilaian peribadi saya. MAIS buat laporan hasil kajian mereka bukan hanya cakap2 kosong. Jadi kalau nak challenge, challenge lah MAIS. Rujuk juga buku karangan Ian Buchanan bertajuk Sang Nila Utama dan The Lion Of Judah.


Kalau nak saman saya pun, saya takde masalah. Boleh jumpa di court”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close