isu semasa

133,000 Undian, 95% Mahu Zakir Naik Kekal. Jelas Keinginan Sebenar Rakyat Malaysia!

Sebuah undian atas talian berskala besar telah menampilkan suara hati sebenar rakyat Malaysia berkenaan pendakwah terkenal dan berjasa Dr Zakir Naik.

Undian yang dihoskan di laman Facebook Firdaus Wong Wai Hung itu telah tamat dengan keputusan majoriti besar rakyat Malaysia mahu Dr Zakir Naik kekal di Malaysia.

Daripada 133 000 ribu undian, suatu jumlah yang besar bagi undian atas talian, 95 peratus memilih untuk mengekalkan beliau di tanah air.

Komen wargamaya juga majoriti besar mencerminkan sokongan mereka terhadap tokoh Maal Hijrah tersebut:

“Kekalkn Dzn di malaysia sampai bila bila…kami sgt bangga bila ulama tersohor yg sgt muliakan Allah dan Islam ada diMalaysia. Titik.”

” Ya Allah lindungi dr zakir naik dari tgn² musuh islam dan jg dari manusia munafik “

” Semoga dr zakir naik terus kekal di Malaysia. Mungkin sebahagian besar kami tak mampu menjelaskan kebenaran Islam sehebat beliau. Tapi usaha beliau yang kuat untuk pemahaman terhadap Islam kami sokong sepenuhnya. Semoga Allah merahmati beliau. “

Keputusan ini memberi tamparan besar kepada pihak – pihak minoriti bersuara lantang yang tanpa jemu terus menjadikan agenda menghalau pendakwah berprestij tersebut sebagai agenda perjuangan mereka selama bertahun – tahun, jauh mengatasi agenda pembangunan negara yang dijanjikan dalam manifesto.

Rata – rata pengguna media sosial sebaliknya menyuarakan pandangan bahawa pihak – pihak yang berterusan memainkan sentimen Islamofobia lah yang sepatutnya dihalau keluar:

“Lucutkan kerakyatan kula dan waytha”

” Kekalkn dr zakir n lucutkn kerakyatan kula,wathia,limbkit siang komunis,lim guan eng n semua ahli2 dap n haramkan dap n dong zong.. “

” Zakir naik dudok di malaysia kekal selama nya, kulasegaran dn yg sewaktu dgn nya keluar dari malaysia buat selama2 nya “

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telahpun menyatakan keputusan untuk terus mengekalkan Dr Zakir Naik di Malaysia.

Keputusan oleh pemimpin negara ini bagaimanapun ditentang oleh pemuka seperti Ramasamy yang tampaknya berterusan mempamerkan ketidaksetiaannya kepada keputusan Perdana Menteri Malaysia, sebaliknya lebih menjulang kehendak Perdana Menteri India, Modi.

Ramasamy sebelum ini pernah menerima 50+ laporan polis ke atasnya serta masih dikaitkan penglibatannya dengan organisasi pengganas LTTE.

Perkembangan ini jelas membenarkan kenyataan Dr Zakir Naik bahawa sebahagian India di Malaysia lebih wala’ kepada Perdana Menteri India, walaupun kenyataan ini dikecam mereka atas alasan rasisme.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close