isu semasa

Samakan Jawiphobia dengan ‘Takut’ Lambang Salib Gergasi, Hannah Yeoh Dibidas

Di sebalik kecamuk politik rasis yang mewarnai setahun lebih Malaysia baru, beberapa ahli politik tampaknya cuba menangguk di air keruh apabila mengambil kesempatan memain retorik politik yang tidak beretika.

Terbaru, YB Hannah Yeoh daripada parti DAP menyuarakan kekesalan dan kekecewaan terhadap isu ‘perkauman’ dan ‘ekstrimism’.

Menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal diraikan di tengah-tengah kemarahan dan kekecewaan yang semakin…

Posted by Hannah Yeoh on Monday, August 12, 2019

“Dalam usaha untuk menjayakan Malaysia Baharu yang lebih inklusif, kita mesti membuang rasa takut dan curiga antara satu sama lain. Ada yang takut dengan cahaya lampu yang berbentuk salib atau tulisan kaligrafi Cina di dalam pejabat menteri. Ada pula yang takutkan tulisan jawi

Dalam hantaran tersebut, YB Hannah Yeoh dilihat membakulkan sekali gus isu terkini yang menggegar negara, isu jawiphobia, dengan isu tulisan kaligrafi Cina di pejabat menteri dan cahaya lampu berbentuk salib, yang merujuk kepada isu lambang salib gergasi yang terpampang di bangunan Grace Residence, Jelutong di Pulau Pinang awal tahun ini.

Beliau menyifatkan isu – isu ini sebagai rasa takut dan curiga yang perlu dibuang, yang dimainkan oleh ‘ahli politik yang bergantung kepada sentimen (perkauman dan ekstrimisme)’ ini untuk terus hidup.

Dengan implikasi bahawa sentimen jawiphobia sebenarnya sama dengan sentimen ‘takut lambang salib’, Hannah Yeoh dilihat cuba melunturkan kebimbangan terhadap jawiphobia rasis yang dimainkan pihak seperti DAP dan Dong Zong.

Walau bagaimanapun, kedua – dua isu tersebut ternyata sangat berbeza dan tidak layak dibakulkan bersama.

Isu lambang salib gergasi itu hakikatnya dibantah sendiri oleh wakil paderi Kristian, Jason Leong:

“Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian. Perlukah saya membuat salib sedemikian besar? Kalau tak perlu dan tak membantu iman saya menjadi lebih teguh, maka tidak perlulah

Beliau sendiri juga mengatakan bahawa lambang salib sememangnya suatu lambang syiar dalam agama Kristian. Bermakna ini bukan kebimbangan tidak berasas orang golongan Muslim majoriti, sebaliknya diperakui sendiri oleh paderi Kristian.

Memandangkan Hannah Yeoh merupakan seorang Kristian, maka apakah beliau membantah paderi tersebut sebagai rasis dan ekstrimis?

Manakala silibus jawi enam muka surat, iaitu sistem tulisan warisan yang masih digunakan dalam matawang negara (dan produk – produk non Muslim), pula adalah penetapan oleh Menteri Pendidikan daripada parti PPBM yang merupakan salah satu parti komponen Pakatan Harapan bersama DAP, dan mendapat sokongan pula daripada Perdana Menteri sendiri, yang juga daripada Pakatan Harapan.

Mereka yang takutkan tulisan jawi ini sebenarnya menentang parti komponen sendiri dan mencabar keputusan Perdana Menteri (juga daripada parti sendiri) yang dilantik secara demokratik, yang nampaknya dibantah oleh sebuah parti bernama Democratic Action Party.

Jadi Hannah Yeoh, kedua – dua isu ini adalah tidak langsung setaraf untuk dibakulkan bersama.

Retorik politik tidak beretika ini sudah pasti tidak akan membantu pembinaan negara yang diidamkan serta tidak akan mengembalikan ‘hari kegemilangan’ Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close