isu semasa

PENDEDAHAN: Penyokong LTTE & DAP Disebalik Desakan Menghalau Dr Zakir Naik?

Semalam tular satu posting dari sebuah NGO India yang telah membuat laporan polis terhadap Dr Zakir Naik. Di atas nama bangsa India, NGO tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terguris hati dengan ucapan Dr Zakir Naik, walhal ucapan itu ada sebenarnya berasas. Sebab itu ada kata pujangga menyebut ‘kebenaran itu pahit’.

Mereka semua ini adalah dari NGO Malaysian Tamilar Kural. Soalnya, siapakah sebenarnya mereka ini ?

Tamilar Kural – Pro LTTE?

Presiden kepada NGO Malaysian Tamilar Kural ini adalah David Marshel. David Mashel merupakan salah satu pimpinan DAP di Pulau Pinang. Beliau menggerakkan NGO Malaysian Tamilar Kural untuk memberi fokus kepada masyarakat Tamil.

David Marshel merupakan presiden kepada NGO Malaysian Tamilar Kular.

Beliau dilihat sehaluan dan sering mempertahankan P.Ramasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang juga merupakan ahli dalam TGTE (pecahan LTTE) dan pernah bersama dalam program pengganas LTTE pada suatu ketika dahulu.

Sehubungan itu, NGO Malaysian Tamilar Kural dilihat seakan mengambil aspirasi dari idea pengganas LTTE ini dengan memperkenalkan logo NGO mereka dengan simbol Maaveerar Naal di bendera sebagai logo NGO mereka. Maaveerar Naal adalah simbol yang digunakan oleh LTTE bagi memperingati kematian tentera mereka. Persoalannya adalah, mengapa NGO ini turut memakai simbol Maaveerar Naal yang jelas diaspirasikan oleh V Prabakharan pengasas pengganas Tamil LTTE di Sri Lanka? Apa hubungan mereka dengan LTTE dan P. Ramasamy?

Simbol Maaveerar Naal yang merupakan simbolik hari kematian tentera pengganas LTTE.

Selain itu, di page Malaysian Tamilar Kural jelas mengeluarkan kenyataan menyokong pengganas LTTE. Malah mereka juga NGO yang digunakan untuk ‘membersihkan’ nama P.Ramasamy dari LTTE. Aneh bukan? Penyokong sesebuah pertubuhan pengganas membersihkan nama seseorang yang bersama menyokong pertubuhan pengganas yang sama.

Memuat naik di facebook page surat rasmi dari pengganas LTTE
Simbol Maaveerar Naal yang merupakan simbolik hari kematian tentera pengganas LTTE.

Oleh itu kita dapat kenal pasti siapa dalang yang menggerakkan supaya kebencian dan tekanan kepada Dr Zakir Naik ini terus dimainkan. Oleh itu, adakah kita masih mahu mereka teruskan agenda mereka?

Dulu mereka menuduh Dr Zakir Naik sebagai pengganas, hakikat sebenarnya siapa yang menyokong pengganas?

Tulisan oleh: RnD team MRM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close