Islamofobia

83 Ribu Undian Desak Lim Kit Siang yang Tinggalkan Malaysia, Bukan Zakir Naik

Undian yang diadakah pada laman Facebook Fakir Ilmu telah tamat setelah lebih seminggu dinaikkan, berikut adalah data yang diperoleh:

Bancian tersebut telah memperoleh 86 ribu undian daripada netizen. Daripada jumlah yang besar tersebut, 97 peratus mengundi bersetuju untuk Lim Kit Siang yang keluar dari Malaysia secara sukarela dan hanya 3 peratus yang mengundi beliau kekal.

Bermakna lebih 83 ribu mengundi desak Lim Kit Siang meninggalkan Malaysia, bukan Zakir Naik.

Undian tersebut dibuat sebagai respon kenyataan beliau yang meminta Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia secara suka rela.

Bagaimanapun jumlah undian yang membentuk majoriti besar, begitu juga respon decisive wargamaya menampilkan sentimen yang berbeza:

Terbaru, Kit Siang sekali lagi menyuarakan desakan untuk mengambil tindakan ke atas Zakir Naik selesai sesi ceramah beliau di Kelantan.

Membalas gesaan tersebut, anak murid Zakir Naik, Firdaus Wong Wai Hung mengingatkan ahli politik untuk turut menjaga sensitiviti golongan majoriti di Malaysia.

Boleh saya mengesa di ambil tindakan terhadap ahli politik, aktivis serta mereka yang tak jaga sensitiviti Muslim di…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Monday, August 12, 2019

“Boleh saya mengesa di ambil tindakan terhadap ahli politik, aktivis serta mereka yang tak jaga sensitiviti Muslim di Malaysia dengan terang-terangan meminum arak di tepi jalan ketika perayaan, yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian orang tak bersalah, yang membazir makanan serta pencemaran alam sekitar dengan pembakaran terbuka? Boleh?

Kalau Muslim di India setakat disyaki memiliki daging lembu pun sudah menjadi korban, Muslim di India setakat enggan menyebut nama berhala sudah menjadi mangsa pukul sehingga mati, Muslim di China dipaksa makan makanan haram, adakah Belum Muslim di Malaysia yang dianiaya sebegitu rupa oleh Muslim di Malaysia? Selama hampir 50 lebih tahun rakyat Malaysia tidak mempertikaikan ajaran dan cara Muslim beribadah tetapi kenapa berubah selepas milenium?”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close