Kristian

Surat Layang Misionari Fitnah Islam Tersebar di Sabah

Dakyah misionari Kristian yang melemparkan tuduhan fitnah terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad hakikatnya sentiasa berlangsung di negara Malaysia.

Di Sabah, surat layang yang memburukkan Islam serta mengangkat agama Kristian telah tersebar, termasuklah dihantar ke sekolah – sekolah agama.

Surat yang diberi tajuk ‘Kita Harus Hidup Dalam Kepercayaan Iman yang Benar’ itu antara lain mengatakan bahawa nabi Muhammad memesongkan kebenaran Nabi Isa.

Kononnya, artikel tersebut ditulis oleh ‘mantan ulama Islam yang telah insaf’.

Surat itu juga menyelitkan pelbagai fitnah – fitnah nista seperti mengatakan Nabi Muhammad berada di neraka.

Sudah pasti, fitnah tidak berasas misionari tersebut tidak lain hanyalah suatu taktik penipuan, apabila ternyata rujukan kod hadis yang dipetik menceritakan tentang titian Sirat.

“Dan diletakkan sebuah jambatan [titian sirat] di atas Neraka Jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” 

Titian Sirat tersebut bukanlah diletak di dalam neraka, sebaliknya di atas, merentasi neraka. Maka barang siapa yang terjatuh, akan terjerumus ke dalam neraka. Ada yang kekal di neraka selamanya, ada yang akan dikeluarkan menurut rahmat Allah.

Nabi Muhammad adalah orang pertama yang melintasinya melepasi neraka, dan bukan berada di dalam neraka.

Kita bandingkan pula dengan ayat Bible yang lebih jelas mengatakan bahawa Jesus sememangnya pernah berada di neraka:

He seeing this before spake of the resurrection of Christ, that his soul was not left (kataleipo) in hell (hades) , neither his flesh did see corruption.

Acts 2:31

Dalam terjemahan bahasa:

Daud memandang jauh ke depan serta menubuatkan kebangkitan Mesias dan berkata bahwa jiwa Mesias tidak akan dibiarkan di neraka dan tubuh-Nya tidak akan binasa.

Katailepo‘ bermaksud untuk ditinggalkan, diabaikan. Bermakna ayat itu mengatakan bahawa jiwa Jesus al Masih tidak akan dibiarkan diabai di neraka. Bermakna, pernah suatu ketika Jesus sememangnya pernah di neraka, menurut Bible!

Hal ini lebih jelas apabila kita meneliti kandungan Pengakuan Iman Rasuli (The Apostle’s Creed) yang begitu ketara menyebut bahawa Jesus turun ke neraka.

I believe in Jesus Christ, His only Son, our Lord,
who was conceived of the Holy Spirit,
born of the Virgin Mary,
suffered under Pontius Pilate,
was crucified, died, and was buried;
he descended into hell.

The Apostles’ Creed

Walaupun ternyata kandungan surat tersebut tidak lain hanyalah siri – siri penipuan, namun Muslim di Sabah telah mengambil langkah untuk menjawab tuduhan – tuduhan tersebut.

Sebagai contoh laman web https://muslim-apologetic-borneo.com/ yang menjawab satu per satu poin yang dikemukakan.

Bagaimanapun tindakan menghantar surat layang yang mengemukakan fitnah memburukkan agama secara tidak beretika ini sudah pasti bakal mewujudkan keretakan sosial sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya oleh pihak berwajib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close