Liberal

Jawi satu agenda Islamisasi kerana ‘awaK’ dieja ‘awaQ’ : Farouk Peru

Disebalik kecacamerbaan polemik ‘jawiphobia’ yang melanda negara, terdapat pihak yang cuba memarakkan api ketidakharmonian apabila berterusan mengatakan impian murni memelihara warisan bangsa tersebut sebagai agenda ‘Islamisasi’ dan ‘Arabisasi’.

Terbaru, seorang pemuka liberal Farouk Peru membantah tulisan jawi dan khat kerana menurutnya, ia berkait rapat dengan ‘arabisasi’ dan ‘Islamisasi’

“Jangan **** beritahu saya bahawa jawi dan khat tiada kaitan dengan arabisasi dan Islamisasi!”

“Lihat sajalah ‘didakwa’ dalam tajuk utama berita. Ia dieja dengan ayn, menjadikannya dida’wa. Da’wah adalah perkataan Arab yang bermaksud ‘menjemput’ atau ‘sembahyang’!”

“Saya juga melihat perkataan seperti ‘letaQ’ dan ‘awaQ’ kebelakangan ini. Mengapa eja seperti itu apabila anda mengejanya sebagai ‘letaK’ dan ‘awaK’ selama ini??”

Dalam hantaran Facebook juga, beliau bagaimanapun mengongsikan tulisan khat yang dihasilkan oleh Kristian, seolah membantah dirinya yang mengatakan bahawa khat hanya diguna pakai untuk agenda Islamisasi.

Farouk A Peru telah beberapa kali mencatat kontroversi apabila mengemukakan ideologi anti hadis, serta pemikiran liberal mengubah solat Jumaat kepada hari Sabtu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close