Islamofobia

Surat Tular Persatuan Hindu Gesa Kerajaan India Haramkan al Quran

Sebuah pertubuhan Hindu anti Islam telah menggesa kerajaan India mengharamkan al Quran, dengan mengatakan kitab suci tersebut menggalakkan keganasan dan membahayakan keselamatan negara.

Vishnu Gupta, Presiden persatuan Hindu Sena telah menulis surat kepada Pejabat Menteri Hal Ehwal Negeri India dengan tajuk ‘mesej al Quran dan impaknya kepada keselamatan negara dan keamanan dunia’.

Saya telah menemui banyak percanggahan dan situasi mengejutkan berkaitan keganasan terhadap non Muslim dan ex Muslim termasuklah merasuah orang untuk memasuki syurga Islam.

Vishnu juga mengemukakan sumber rujukan beliau yang dikatakan ‘sahih’, di mana ternyata tidak lain laman web Islamofobik anti Islam, wikiislam yang dijadikan panduan.

Presiden persatuan anti Islam tersebut juga dengan tidak semena – mena mengaitkan pula figura tokoh pendakwah Islam terkenal Zakir Naik yang diinspirasikan kitab tersebut.

“Jika anda serius menentang keganasan, kerajaan India tiada pilihan lain selain mengharamkan langsung al Quran”

Kumpulan Hindu Sena sebelum ini menggesa kerajaan India untuk mengharamkan burqa dan penutup muka setelah insiden yang melanda Sri Lanka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close