Islamofobia

98 Peratus Netizen Undi Lim Kit Siang Yang Patut Tinggalkan Malaysia, Bukan Zakir Naik

Di sebalik janji manifesto yang dimungkiri, ekonomi yang caca marba, kestabilan politik yang semakin merisaukan, perpaduan rakyat yang semakin meretak, serta kelucahan melampau ahli – ahli politik sehingga menularkan perkataan tidak senonoh yang disebut – disebut anak – anak kecil, tampaknya terdapat suatu hal yang sentiasa konsisten diperjuangkan oleh ahli politik kerajaan Malaysia Baru:

Mereka bermati – matian cuba menghalau serta memburuk – burukkan pendakwah Islam Dr Zakir Naik.

Usaha yang begitu istiqamah ini membuatkan kita tertanya – tanya sama ada agenda menghalau Dr Zakir Naik ini sememangnya ditulis sebagai salah satu janji pilihan raya mereka suatu ketika dahulu.

Daripada kelantangan ‘Menteri Perpaduan’ bekas Hindraf P Waythamoorthy, sehinggalah kepada P Ramasamy yang dicalit sejarah keterlibatan gerakan pengganas LTTE, agenda menyerang Dr Zakir Naik serta anak muridnya sentiasa berterusan melebihi agenda membangunkan negara.

Wal hal tiada langsung jenayah atau salah laku yang dilakukan DZN selama di negara ini. Amat menghairankan apabila ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku besar iaitu rogol pula seolah dilindungi oleh ahli politik Malaysia Baru, serta cuba disapu di bawah karpet.

Terbaru, Lim Kit Siang juga turut ‘terjun kapal’ apabila bersetuju meminta Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia.

Maka berdasarkan semangat demokrasi dan undian, laman Fakir Ilmu telah membuat undian balas kepada netizen, sama ada Dr Zakir Naik yang sepatutnya keluar dari Malaysia, atau Lim Kit Siang sendiri.

Setelah lebih 30 ribu undian (pada masa artikel ini ditulis), ternyata majoriti besar (98%) mengundi agar Lim Kit Siang yang keluar daripada Malaysia, bukannya Zakir Naik.

Sesetengah netizen malah meminta agar Lim Kit Siang mengemukakan bukti bahawa beliau sememangnya lahir di Malaysia.

Hal ini berikutan kontroversi yang pernah melanda beliau apabila biografi beliau pernah ditulis bahawa ‘Lim Kit Siang tiba di Malaya pada tahun 1957’.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pernah mengemukakan maklumat bahawa beliau dikatakan lahir di Fujian, China dan pernah mengeluarkan kenyataan bercanggah bahawa tempat lahirnya adalah di Johor, Penang dan Melaka, sebelum memperoleh kekuasaan politik dan harta.

Dr Zakir Naik sebaliknya diterima majoriti besar umat Islam di Malaysia, disanjungi dan menjadi sumber rujuk mereka, sehingga memperoleh anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close