Ateis

Multimesta (Multiverse) Bukan Sains, Tetapi Kepercayaan Agama

Dalam sebuah debat, seorang ateis pernah memperlekeh kepercayaan seorang Muslim.

Ateis: Bagaimana anda boleh percaya pada cerita seorang lelaki menaiki kuda terbang berjumpa Tuhan? Mengarut! Kuda terbang tidak wujud!

Muslim: Baiklah, adakah anda percaya kepada teori multimesta (multiverse)?

Ateis: Iya, ia teori saintifik, sudah tentu saya percaya!

Muslim: Adakah anda juga percaya bahawa terdapat infiniti alam semesta dengan infiniti kemungkinan?

Ateis: Sudah tentu, ia salah satu aspek dalam teori multimesta.

Muslim: Maka disebabkan terdapat seinfiniti kemungkinan, maka ada tak kemungkinan bahawa terdapat alam semesta di mana kuda terbang itu wujud?

Ateis: Iya … ada kemungkinan wujud…

Muslim: Nah, anda juga percaya kewujudan kuda terbang. Ternyata anda mengetawakan diri sendiri!


Kepercayaan Pseudosains Multimesta

Multimesta ternyata merupakan suatu kepercayaan pseudosains yang begitu popular sekarang. ‘Teori’ atau andaian tersebut dipopularkan dalam pelbagai filem – filem bergenre sci – fi, sehingga idea tersebut meresap ke dalam pemikiran masyarakat dan dianggap sebagai salah satu konsep sains.

Teori multimesta antara lain mengusulkan bahawa terdapat infiniti banyak ‘buih – buih’ mini alam semesta yang berbeza saiz, dengan peraturan – peraturan fizik yang berbeza, dengan infiniti banyak bilangan planet, bandar, bilik, dan seinfiniti banyak kemungkinan.

Maka andaiannya, terdapat alam semesta di mana fakirilmu.com hakikatnya dipanggil ilmufakir.com atau faqeerilmu.my dan terdapat alam semesta di mana penulisnya bertangan lapan. Semua ini kemungkinan yang boleh berlaku dalam seinfiniti aliran kemungkinan yang ada.

Sudah pasti, masalah terbesar dengan konsep ini adalah masalah paradoks yang meloncat keluar sebaik sahaja perkataan ‘infiniti’ dikemukakan.

“Jika wujud jumlah alam semesta sebanyak infiniti, maka secara matematiknya terdapat 100% kemungkinan bahawa sekurangnya wujud satu alam semesta di mana konsep multimesta ini tidak wujud. Maka bukankah ini satu paradoks?” Tanya seorang pelajar kepada saintis selebriti Bill Nye.

“Saya tak tahu” jawab beliau.

Malah, walaupun begitu ramai yang cuba mempersembahkan idea multimesta ini sebagai suatu ‘teori saintifik’, sebahagian daripada komuniti saintifik mula mencabar mengatakan bahawa ia bukan lah sains pun.

Antara yang paling lantang ‘menyerang’ idea multimesta ini adalah seorang saintis bernama Sabine Hossenfelder, yang terlibat secara langsung dalam projek Large Hadron Collider.

Menurut beliau, multimesta ini bukanlah sains, sebaliknya kepercayaan agama.

Alasan beliau mudah, alam semesta lain di luar alam semesta kita tidak akan boleh dilihat dari segi premis itu sendiri, maka ia bukan sains.

“Sains tidak menerangkan apa – apa mengenai alam semesta yang kita tidak boleh lihat, maka mengatakan mereka wujud bukanlah sains”

Permasalahan utama yang menjadikan idea multimesta sebagai pseudosains dan bukan sains, adalah ia tidak dapat difalsifikasikan – tiada cara untuk membuktikannya salah pun.

“Penggunaan teori non – fizik ini kemudian mendatangkan situasi aneh seperti multimesta, dengan ratusan ribu alam semesta … Situasi ini mirip fiksyen berbanding sains, kerana kita tidak akan mampu untuk memverifikasikan konsep tersebut. Secara asasnya, konsep ini melangkaui sebarang verifikasi” Ujar ahli fizik teoretikal Asis Kumar Chauduri.

Malah, dengan meningkatnya populariti idea multimesta ini, kita mula melihat ia mula digunakan sebagai penjelasan segala perkara, biasanya oleh ateis, yang mahu mengelak menyebut Tuhan sebagai penjelasan segala – segalanya, tetapi ditempel dengan jargon ‘sains’.

Masalahnya, mereka tidak memperakui bahawa itu bukanlah sains, tetapi hanya kepercayaan agama mereka yang kononnya tidak beragama.

“Ungkapan ‘multimesta yang buat’ bukan saja tidak dapat diuji dalam sains, ia malah merupakan alasan untuk kegagalan. Sepatutnya kemajuan saintifik dibuka, tetapi teori – teori seperti ini direka untuk membunuh kemajuan saintifik dengan menjustifikasikan program yang gagal” komen ahli fizik dan matematik Peter Woit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close