info Islam

Membongkar LTTE: Siri 3 | Apakah Belum Terbukti Keterlibatan P.Ramasamy Dengan LTTE?

Artikel ini rentetan daripada siri 1: Membongkar LTTE: Siri 1 | Kumpulan Militan yang Diharamkan

dan siri 2: Membongkar LTTE: Siri 2 | Terkubur Tapi Ideologinya Masih Subur


Di Malaysia, ideologi LTTE ini sudah bertapak dan didalangi oleh beberapa tokoh dari bangsa Tamil. Antaranya serpihan LTTE yang menubuhkan pertubuhan baru adalah Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE). TGTE ini diharamkan oleh kerajaan Sri Lanka kerana keterlibatan dengan gerakan pengganas.

Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE) ditubuhkan setelah kekalahan LTTE pada tahun 2009. Mereka dianggap sebagai kerajaan dalam buangan antara diaspora Tamil Sri Lanka yang bertujuan untuk terus menerus gagasan Tamil Eelam seperti dibawa oleh LTTE iaitu menginginkan pemerintahan di wilayah utara dan timur Sri Lanka.[1]

TGTE mengguna pakai logo LTTE pada benderanya

TGTE memperkenalkan pertubuhan mereka dengan bentuk organisasi yang demokratik, dan berhasrat untuk menggunakan cara lembut dan bukan dengan kuasa ketenteraan untuk mengakhiri dilema bangsa Tamil Sri Lanka. Sudah tentu perkara ini menjadi pendekatan mereka kerana dengan cara keras dan ketenteraan seperti yang dilakukan oleh LTTE itu pun mereka menemui kegagalan, demikian itu mereka menyelusuri mengikut saluran teknikal dan cara lembut bagi meneruskan perjuangan pengasas LTTE, V.Prabhakaran.

Ketua atau dikenali sebagai Perdana Menteri TGTE iaitu Visvanathan Rudrakumaran. Visvanathan Rudrakumaran ini merupakan bekas penasihat undang-undang untuk pengganas LTTE di Sri Lanka. Kini beliau merupakan seorang peguam di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Daily Mirror dari Sri Lanka ada mengulas tentang Visvanathan Rudrakumaran:[2]

“Rudrakumaran is viewed through a terrorist prism and is persona non grata in European Union countries and Canada. It is indeed amusingly ironic to perceive a “Transnational” premier being unable to cross transnational borders.”

Timbul persoalan, kenapa beliau Persona Non Grata di negara EU? Adakah beliau juga telah dilarang ke negara EU kerana mengetuai sebuah organisasi yang telah disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Sri Lanka? Dalam laporan yang sama oleh Daily Mirror Sri Lanka juga menyebut;

“The foundation for the TGTE was initially laid by Selvarasah Pathmanathan alias KP who succeeded Velupillai Prabhakaran as LTTE Chief after the demise of the Tiger supremo. KP however was bitterly opposed by the Nediyavan-led faction. Subsequently KP himself was captured in Malaysia and taken to Sri Lanka.”

Asas TGTE yang diketuai oleh Visvanathan Rudrakumaran itu dibina oleh individu bernama Selvarasah Pathmanathan alias KP yang menggantikan pengasas LTTE, V. Prabhakaran sebagai Ketua LTTE.

Di bawah TGTE ini terdapat penasihat komiti mereka yang terdiri dari ahli politik dan ahli akademik. Jawatankuasa Penasihat TGTE ditubuhkan pada Jun 2009 beberapa bulan setelah pembubaran LTTE. Jawatankuasa penasihat ini terdiri daripada ramai pakar dari negara-negara yang berbeza antaranya adalah:

1) Muthucumaraswamy Sornarajah (University of London, UK)
2) Francis Boyle (Professor of International Law, USA)
3) Prof.Ramasamy Palanisamy, (Malaysia)
4) Prof. A.J.C Chandrakanthan, (Canada)
5) Nadarajah Sriskandarajah, (Sweden)
6) Murugar Gunasingham,
7) Dr.Sivanendran Seevanayagam (AUS)
8) A.L. Vasanthakumar Ph.D. (UK)
9) Karen Parker, Ph.D. Humanitarian Lawyer (USA)
10) Nagalingam Jeyalingam, M.D. (USA)
11) Selva Sivarajah Paul Williams
12) Peter Schalk. (Sweden)

P. Ramasamy & LTTE

Salah seorang penasihat komiti kepada pertubuhan TGTE ini adalah seorang ahli politik di Malaysia iaitu Prof. Palanisamy Ramasamy. Beliau merupakan ahli DAP dan juga timbalan ketua Menteri II Pulau Pinang.

Sebelum wujudnya TGTE pada tahun 2009, P. Ramasamy dilihat pernah menghadiri program bersama anggota pimpinan LTTE pada tahun 2004. Dan menurut laporan media antarabangsa, TamilNet bertajuk “LTTE’s Constitutional Affairs Committee meets in Oslo” menyenaraikan P.Ramasamy sebagai salah seorang dari komiti hal ehwal lembaga LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee).[3]

Laman web TamilNet melaporkan Ramasamy merupakan ahli hal ehwal perlembagaan LTTE
Laman web tamilnet mempamerkan gambar LTTE Constitutional Affairs Committee yang dianggotai Prof Dominic, Prof Ramasamy, Mr Siva Pasupathy
Petikan tulisan P Ramasamy dalam DAP yang memperakui dilantik oleh LTTE sebagai ahli hal ehwal perlembagaan

“Saya telah dilantik oleh Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sebagai salah seorang ahli hal ehwal perlembagaannya pada 2003”

P Ramasamy

Oleh itu, ia menimbulkan banyak persoalan, walaupun beliau pernah menafikan keterlibatan beliau dengan LTTE, tetapi ia bukan sahaja keterlibatan dengan LTTE’s Constitutional Affairs Committee sahaja tetapi turut tersenarai dalam TGTE yang juga serpihan dari LTTE dan diketuai oleh salah seorang orang berpengaruh dalam LTTE suatu ketika dahulu.

P Ramasamy tersenarai dalam panel penasihat TGTE
P Ramasamy terlibat dalam perjumpaan TGTE
P Ramasamy memaklumkan beliau terlibat dalam program parlimen TGTE
Berucap dalam program TGTE

Malah tersebar satu gambar yang menyerupai beliau sedang memuja gambar senapang AK 47 yang merupakan simbol LTTE. Dan pada masa yang sama terdapat gambar beliau memberi ucapan di dalam program LTTE.

Ramasamy dilihat seolah ‘memuja’ gambar AK47 yang merupakan lambang perjuangan LTTE, serta berucap di depan rostrum berlogo LTTE

Selain itu terdapat banyak hantaran di Facebook beliau jelas memberi simpati kepada LTTE dan menganggap V.Prabhakaran adalah pemimpin sejati. Oleh kita kita desak supaya pihak polis dan pihak berkuasa menyiasat beliau tentang keterlibatan dengan pengganas.

Hantaran berbaur simpati kepada LTTE
P Ramasamy mengimplikasikan simpati, hormat dan kasihnya kepada LTTE dan ketuanya Prabakaran

Selain itu, terdapat banyak NGO dan Pertubuhan di Malaysia dari kalangan bangsa Tamil berteraskan ideologi LTTE. Pendedahan seterusnya akan menjelaskan kepada kita betapa parahnya ideologi ini sudah merebak dikalangan sebahagian orang Tamil. Nantikan siri seterusnya…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close