info Islam

Membongkar LTTE: Siri 2 | Terkubur Tapi Ideologinya Masih Subur

Artikel ini rentetan daripada siri 1: Membongkar LTTE: Siri 1 | Kumpulan Militan yang Diharamkan


Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ditubuhkan pada Mei tahun 1976 oleh Velupillai Prabhakaran. V Prabhakaran merupakan individu yang bertanggunjawab dalam membawa idea perjuangan bangsa Tamil untuk membangun pemerintahan Tamil di Sri Lanka. Tamil adalah bangsa minoriti di Sri Lanka.

Dalam siri perperangan tersebut akhirnya membawa kepada terbunuhnya pengasas LTTE iaitu V. Prabhakaran. Beliau mati ditembak pada 19 Mei tahun 2009 bersama dengan ketua perisiknya Pottu Amman.

Kematian Prabhakaran

Setelah kematian V.Prabhakaran dan beberapa orang pemimpin utama mereka menyebabkan lumpuhnya organisasi LTTE di Sri Lanka. Pada tahun 2009 itu juga kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan LTTE telah terkubur dan pertubuhan tersebut dibubarkan.[1]

Akan tetapi drama dari idea Tamil Tigers belum lagi berakhir. Dari slogan harimau Tamil inilah, cebisan dan serpihan dari LTTE mula mengorak langkah baru dengan menubuhkan beberapa badan yang berteraskan ideologi yang sama. Dari kerajaan Sri Lanka, mereka telah mengeluarkan senarai pertubuhan diharamkan yang ada kaitan dengan keganasan dan LTTE, disenaraikan di bawah:[2]

  1. Liberation Tigers of Tamil Eelam a.k.a LTTE a.k.a Tamil Tigers
  2. Tamil Rehabilitation Organization a.k.a TRO (Sri Lanka & Overseas)
  3. Tamil Coordinating Committee a.k.a TCC
  4. British Tamil Forum a.k.a BTF (Operating from London, UK)
  5. World Tamil Movement a.k.a WTM (Operating from Canada)
  6. Canadian Tamil Congress a.k.a CTC (Operating from Canada)
  7. Australian Tamil Congress a.k.a ATC (Operating from Australia)
  8. Global Tamil Forum a.k.a GTF (Operating from UK)
  9. National Council Of Canadian Tamils a.k.a NCCT a.k.a Makkal Avai (Operating from Canada)
  10. Tamil National Council a.k.a TNC (Operating from Norway, Italy , Switzerland, France, Canada.)
  11. Tamil Youth Organization a.k.a TYO (Operating from Australia)
  12. World Tamil Coordinating Committee a.k.a WTCC.
  13. Tamil Eelam Peoples Assembly a.k.a TEPA
  14. World Tamil Relief Fund a.k.a WTRF
  15. Headquarters Group a.k.a HQ Group
  16. Transnational Government Of Tamil Eelam a.k.a TGTE

Modus Operandi

Pada tahun 2009, LTTE hanya terbubar pertubuhan dan organisasi sahaja, ia tidak turut membubarkan ideologi mereka. Pada tahun yang sama dilihat banyak pertubuhan lain yang berasaskan perjuangan Tamil diwujudkan di seluruh negara.

Ramai bekas anggota LTTE yang tersisa masih mendokong aspirasi perjuangan V.Prabhakaran. Kini mereka akan cuba menggunakan cara yang lebih demokratik kerana cara ekstrim dan perperangan sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Dapat dilihat kebanyakkan pertubuhan serpihan LTTE ini mereka akan menfokuskan memperjuangkan isu melibatkan bangsa Tamil. Walaupun bukan bernama LTTE, tetapi mereka akan membina simpati kepada pengasas V. Prabhakaran malah menganggap dia adalah pejuang mereka. Selain itu pertubuhan-pertubuhan serpihan ini akan membuat sokongan secara terbuka terhadap gerakkan LTTE.

Persoalannya adalah, adakah di Malaysia terdapat pertubuhan yang hasil dari benih LTTE ini di Malaysia? Jawapannya ada, dan ia didalangi oleh seorang ahli politik yang memegang jawatan tinggi. Beliau merupakan salah seorang dari penasihat pertubuhan Transnational Government Of Tamil Eelam (TGTE). Pertubuhan ini telah diharamkan oleh beberapa buah negara kerana memiliki keterlibatan secara langsung dengan LTTE. Malah di Malaysia ini terdapat banyak NGO dan persatuan yang memuja V.Prabhakaran.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close