info Islam

Membongkar LTTE: Siri 1 | Kumpulan Militan yang Diharamkan

Kumpulan Liberation Tigers of Tamil Elam, yang dikenali sebagai Tamil Tigers atau singkatan LTTE, adalah sebuah kumpulan militan pemisah yang berjuang untuk sebuah negara atau kawasan yang merdeka bagi bangsa Tamil yang menetap di Sri Lanka.

Ketua LTTE – Prabhakaran

Seorang lelaki Tamil bernama Velupillai Prabhakaran telah menubuhkan pertubuhan ini pada tahun 1972 dan pada lewat tahun 1980an ianya adalah kumpulan militan Tamil yang paling dominan di Sri Lanka. Selepas beberapa kali rundingan yang menemui kegagalan, Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perang terhadap kumpulan LTTE pada tahun 2006. Pada May 2009, tentera kerajaan telah mengalahkan LTTE dan membunuh Prabhakaran. Dianggarkan lebih kurang 70,000 orang yang terbunuh dalam konflik antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka. [1]

Kesan perang di Sri Lanka

Sejarah telah merakamkan bahawa LTTE telah melaksanakan beberapa pembunuhan yang mensasarkan individu yang terkenal, antaranya termasuklah pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandi pada tahun 1991.

LTTE terdiri dari sayap militan dan sebuah sayap politik. Sayap militan LTTE juga mempunyai sebuah pasukan tentera laut, unit tentera udara, unit perisikan, dan juga sebuah kumpulan khas pengembom berani mati. Antara banyak kes pengebom berani mati adalah dianggotai dari kalangan wanita.

Anggota LTTE dari kalangan wanita

LTTE telah dibubarkan pada tahun 2009 selepas mereka dikalahkan oleh Kerajaan Sri Lanka dan sekitar 6000 ahli LTTE telah menjalani proses rehabilitasi dan reintergrasi. Kerajaan Sri Lanka pada tahun 2011 telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih wujudnya cawangan antarabangsa LTTE yang ingin membina semula pertubuhan tersebut.[2]

Kumpulan LTTE mempunyai tentera dan pasukan laut dan udara, tapi mereka lebih terkenal dengan aktiviti pengeboman berani mati yang dijalankan oleh sebuah pasukan bersenjata yang digelar Black Tigers. Kumpulan Black Tigers ini mahir taktik serangan dari darat dan juga laut, dan mereka juga tahu cara perang gerila dan terlibat dalam pengeboman dan kes pembunuhan. Mereka juga merupakan pertubuhan pertama yang menggunakan taktik pengeboman bunuh diri secara besar-besaran.Begitu banyak senarai serangan dan kematian melibatkan militan LTTE.

Oleh demikian itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain.

Black Tigers LTTE Pengebom Bunuh Diri & Kaitan dengan Malaysia

Dalam kententeraan LTTE mereka memiliki empat unit tentera utama iaitu tentera darat, tentera laut, tentera udara dan Black Tigers iaitu pengebom bunuh diri. Idea pengebom bunuh diri dalam sejarah perang adalah dimulakan oleh LTTE.

Black Tigers adalah kumpulan sayap tentera Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), yang merupakan satu unit khas dalam LTTE. Pengkaderan mereka dipilih dan terlatih di dalam ketenteraan LTTE, antaranya serangan yang dilakukan adalah seperti pengeboman bunuh diri di tempat awam, kepada tentera musuhnya dan ahli politik, antaranya Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa dan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi.[3]

Dari pembentukan mereka pada tahun 1987 sehingga kekalahan LTTE pada tahun 2009, lebih daripada 330 orang tentera Black Tigers membuat serangan bunuh diri di darat dan laut. Majoritnya disasarkan di Sri Lanka.[4]

LTTE melihat cara serangan ini sangat berkesan, dan ia terbukti penting kerana kaedah itu dapat membunuh sasaran lawan mereka dengan senang.

Kesan bom berani mati LTTE

Pada fasa awal gerakan LTTE, mereka tidak memiliki senjata canggih yang diperlukan untuk menyerang kem-kem besar. Untuk melancarkan serangan seperti itu, senjata mahal seperti meriam, peluru berpandu, kereta kebal dan sebagainya diperlukan, akan tetapi mereka tidak mampu memilikinya.

Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan kaedah lain, iaitu mewujudkan sayap khas untuk membuat senjata, khususnya bom untuk digunakan mereka membawa menyelinap dan menyamar sebagai orang awam untuk melakukan tindakan mengebom bunuh diri.

Pada 21 Mei 1991, seorang wanita merupakan anggota Black Tigers telah meletupkan dirinya sehingga membunuh bekas Perdana Menteri India iaitu Rajiv Gandhi, bersama dengan 16 orang awam yang tidak bersalah.

Bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi mati dibom pengebom berani mati

Manakala pada 1 Mei 1993, satu lagi anggota Black Tiger membunuh Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa dan 23 orang awam yang lain terbunuh semasa perarakan perayaan.

Presiden Ranasinghe Premadasa dibunuh dalam serangan bom berani mati

Pada Julai 2001, 14 anggota Black Tigers menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Sri Lanka mengakibatkan kerosakan bernilai lebih 350 juta USD untuk pesawat tentera dan kerosakan awam yang lain. Setelah dari serangan itu menyebabkan pelancongan di Sri Lanka menurun secara mendadak.

Kesimpulan

Di atas nama perjuangan kaum, mereka sanggup menggadai nyawa tanpa mempedulikan nyawa orang awam. Sepanjang tahun 1987 sehingga tahun 2009, seramai 330 orang Black Tigers telah melakukan pengeboman bunuh diri. Itu hanya cerita satu unit dari 4 unit kenteraan LTTE, manakala kisah pemberontakan mereka yang lain tidak kurang tragis juga.

Akhir-akhir ini, ideologi pengganas ini yang telah diharamkan oleh 32 buah negara termasuk Malaysia didapati sudah berkembang di Malaysia. Mungkin mereka tidak berapa mahu mengangkat nama LTTE tetapi idea dan perjuangan pengasas LTTE iaitu Velupillai Prabhakaran dilihat makin menular. Nantikan pendedahan tentang seorang ahli politik dan juga pertubuhan Tamil di Malaysia yang menyokong ideologi ini.


Membongkar LTTE: Siri 2 | Terkubur Tapi Ideologinya Masih Subur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close