Islamofobia

Temu Ramah Wartawan terhadap Rakyat India Dedah Ancaman Menakutkan ke atas Muslim

Seorang wartawan telah menemu ramah rakyat India dalam satu perhimpunan anti – Islam di Delhi.

Kebencian yang dipamerkan terhadap Islam dan Muslim ternyata begitu jelas apabila mereka secara yakin mempercayai konspirasi bahawa ‘Muslim ingin menawan India melalui anak yang ramai dan poligami’.

“Ahli Parlimen Giriraj Singh mahu menetapkan undang – undang kawalan populasi, tetapi ia berubah menjadi perbincangan Hindu vs Muslim” ujar wartawan Shahbaz Ansar.

Temu ramah yang dibuat ke atas beberapa peserta perhimpunan mendedahkan sentimen Islamofobia serta ketidakfahaman atas agama Islam.

“Semua benda yang salah dibenarkan pula dalam Islam. Mereka mati kebuluran, tapi mereka tetap mahu beranak ramai. Mereka buat kerja jalanan, tapi tak mahu menyumbang membangun negara” kata seorang peserta.

“Wanita Muslim mahu beranak ramai kerana mahu menawan negara India” kata seorang lagi.

Yang lebih mengejutkan, apabila ditanya tentang langkah yang perlu diambil untuk mengekang ‘penjajahan Muslim’, seorang peserta menyarankan agar hak asasi manusia Muslim ditarik.

“Satu satunya cara untuk kita membendung mereka (Muslim) adalah dengan menahan hak asasi manusia mereka. Itulah satu perkara yang paling penting”

Seorang lagi peserta pergi lebih ekstrim.

“Kalau saya, saya pancung saja kepala mereka, tapi tidak dibenarkan undang – undang”

Sentimen kebencian terhadap Muslim ini antara lain diapi – apikan oleh analisa palsu yang berlegar di media sosial, mengatakan seolah – olah Hindu akan hilang kedudukan majoriti mereka di India.

Menurut wartawan Shahbaz Ansari, bancian yang dipercayai meramalkan, walau dengan kadar perkembangan populasi yang sama pun, 75% India tetap akan beragama Hindu menjelang 2050.

Lebih menarik, apabila wartawan tersebut membawakan fakta bahawa perdana menteri mereka sendiri, Modi juga miliki adik beradik yang ramai, ia diabaikan saja oleh peserta tersebut.

“Tahukah anda beramai ramai adik beradik Modi?”

“(tergelak) Oh itu zaman berbeza”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close