Liberal

Perkahwinan Kanak-kanak bukan Islam Semakin Meningkat, Tolong Berhenti Hanya Burukkan Muslim

Akhbar hari ini mendedahkan statistik bahawa jumlah perkahwinan bawah umur dalam kalangan masyarakat bukan Islam meningkat daripada 436 perkahwinan pada 2015 kepada 930 perkahwinan pada tahun lepas.

Malah, statistik itu turut menunjukkan yang jumlah perkahwinan bawah umur dalam kalangan kanak-kanak perempuan bukan Islam lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki bukan Islam.

Perkembangan ini dilihat ‘amat membimbangkan’.

Statistik tersebut bagaimanapun dilihat tidak selari dengan naratif media yang sentiasa mempersembahkan masalah perkahwinan bawah umur sebagai masalah Islam dan muslim, terutama oleh media – media liberal.

Prof Dr Rafidah Hanim daripada WAFIQ mengatakan bahawa jika isu perkahwinan bawah umur terus dipamerkan sebagai masalah Muslim, maka solusi terhadap komuniti bukan Islam akan diabaikan.

Pendakwah Firdaus Wong pula mengatakan bahawa statistik menunjukkan bahawa sindiran dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad oleh golongan liberal sekali lagi terbukti bersikap hipokrit.

Walaubagaimanapun, beliau menyarankan agar orang Islam tidak mengamalkan sikap yang sama seperti mereka.

“Pengajaran bagi segelintir yang suka menghina Islam, menyindir Muslim dan memperlekehkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam adalah, anda telah dibuktikan tersilap berulang-kali maka tidak perlulah anda melakukan kesilapan yang sama pada masa depan. Jangan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri”

Firdaus Wong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close