Islamofobia

Agenda P Ramasamy Mainkan Sentimen ‘Islamisasi’ Sekolah Tidak Menjadi, Dibantah KPM

P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini pernah menerima 53 laporan polis atas perkaitan beliau dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hari ini bersuara setelah lama menyepi.

Namun, isu yang dibangkitkan ternyata menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti wakil politik yang dipilih oleh rakyat ini, apabila beliau, sekali lagi, menimbulkan sentimen ‘anti Zakir Naik’.

Persoalan beliau dilontar apabila mendapati Firdaus Wong, yang merupakan anak murid Zakir Naik, dijemput berceramah kepada pelajar atas ajakan pihak sekolah.

Ramasamy juga tampak seolah – olah mempersoal dan merendahkan keputusan Tun Mahathir membenarkan Zakir Naik tinggal di Malaysia.

“Jika anak murid Zakir Naik dibenarkan berdakwah di sekolah, maka kita fahamlah mengapa beliau (Zakir Naik) dibenarkan dalam negara oleh Perdana Menteri kita sendiri”

Beliau, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, mempersoalkan kenapa boleh berlakunya ‘dakwah halus’ dalam sesi ceramah terhadap pelajar sekolah di Kulim, Kedah baru – baru ini.

Beliau menujukan persoalan ini kepada Menteri Pendidikan daripada Pakatan yang sama dan membantah penyebaran Islam kepada anak – anak bukan Islam.

“Adakah kita kini membenarkan pula Islam untuk disampaikan kepada anak – anak bukan Islam?”

Kementerian Pendidikan Menafikan

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataan rasmi kemudian menafikan bahawa ceramah yang disampaikan tersebut menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Menurut KPM, ceramah tersebut sememangnya merupakan inisiatif sekolah itu sendiri.

KPM juga seolah memberikan amaran kepada pihak – pihak tertentu supaya tidak menimbulkan prasangka yang tidak senang dalam kalangan warga sekolah, guru dan murid.

Konspirasi yang Sengaja Dimainkan?

Firdaus dalam hantaran seterusnya kemudian mendedahkan bahawa ada sesetengah pihak yang sememangnya sengaja menangguk di air keruh memainkan sentimen Islamofobia terhadap ceramah oleh pendakwah di sekolah – sekolah.

“Tindakan guru berbangsa India mungkin perlu disiasat untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik mereka kerana dengan meminta murid berbangsa India keluar dari dewan ketika ceramah anjuran pihak sekolah sedang berlangsung seolah-olah sedang mendidik mereka untuk tidak hormat kepada Guru Penolong Kanan Belum Muslim yang berbangsa India yang menjemput saya”

Firdaus Wong

Pada perkembangan isu yang sama, terdapat pihak yang didapati menuduh program ceramah sekolah tersebut sebagai ‘brainwashing’ dan meminta supaya dilaporkan kepada kumpulan Hindu.

Di samping menuduh kumpulan dakwah Muslim, penganut Kristian juga dilemparkan tuduhan yang sama.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-3.png

Diharapkan agar tuduhan seperti ini tidak melarat sehingga merosakkan langsung keharmonian sesama penganut agama di Malaysia kerana dianggap ‘brainwashing’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close