perbandingan agama

Apabila Jesus & Kristian Turut Di Hindu-kan

Sebelum ini beberapa jawapan telah diberikan terhadap tuduhan dan klaim dari sesetengah pihak Hindu yang mendakwa Kaabah adalah kuil Siva. Usaha membuat klaim sebegini bukan sahaja kepada agama Islam malah, agama lain juga turut menjadi sasaran mereka.

Antara yang menjadi mangsa klaim kepada mereka adalah Jesus yang diimani oleh Kristian dikatakan sebagai seorang Hindu Tamil. Dakwaan ini ditulis oleh seorang pejuang kebebasan di India iaitu Ganesh Damodar Savarkar di dalam bukunya “Jesus the Christ Was a Hindu”. Ganesh Damodar Savarkar merupakakn salah sorang tokoh Hindutva dan RSS terawal di India.

Beliau mengemukakan dakwaan bahawa Jesus adalah seorang beragama Hindu. Antara hujahnya beliau mengatakan asal perkataan Judah atau Judas di dalam Bible, disebut dalam bahasa Greek adalah ‘Joudas’. Dalam bahasa Ibrani ia disebut ‘Yada’. Perkataan ‘Yada’ ini asalnya wujud dari perkataan ‘Yadu atau Yadawa atau Yadwa’ iaitu bahasa sanskrit. Ia disebut dalam kitab Hindu Rigveda: ‘Yadwam Janam’ at 8-6-48.

Begitu juga tentang bangsa Hebrew yang banyak disebut oleh Bible. Ia dari perkataan Habiru, Habiri, Hapiru, Apiru. Perkataan ini muncul dari perubahan perkataan asas iaitu Abhira. Orang Abhira adalah terkenal disebut dalam kitab Hindu Mahabharata.

Selain itu banyak lagi dakwaan disebutkan di dalam buku itu antaranya lagi:

  1. Bahasa Aramik dan Arab Palestin asalnya adalah bahasa Tamil
  2. Orang Semite peroleh namanya daripada warna kulit Krishna yang gelap.
  3. Berhala dewa-dewa Arab dulu adalah tuhan-tuhan Hindu.
  4. Palestin dahulunya negara Hindu
  5. Tanah Arab adalah tanah jajahan Hindu
  6. Negara England, Sweden, Norway, Ireland, German, Perancis semuanya didiami Hindu.
  7. Terdapat potret Jesus yang memaparkan Jesus mengikat rambutnya – sama seperti fesyen Hindu.

Masih banyak lagi dakwaan-dakwaan etimologi yang tidak cermat dikemukakan oleh beliau. Mungkin sahabat dari agama Kristian boleh kritisi perkara ini. Bukunya boleh dibaca di: https://www.scribd.com/doc/72478944/Jesus-Christ-Was-a-Hindu

Kesimpulan

Klaim Jesus sebagai seorang Hindu Tamil adalah dakwaan yang kelaut. Beliau gagal membahas sejarah perkaitan Rom khususnya dalam terlibat pada zaman Jesus. Beliau juga gagal mengkritik kronologi sejarah untuk dipadankan dengan teori beliau.

Apa yang menjadi kegemaran beliau adalah membuat etimologi perhubungan perkataan yang hampir sama (atau dicari jalan untuk disamakan) lalu dipadankan dengan ajaran Hindu.

Antara petikan buku tersebut yang menghujahkan Bahasa Arab berasal daripada Tamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close