perbandingan agama

Tuduh Kaabah Punyai Ukiran Raja Hindu, Rujukannya Laman Web Jual Pendingin Hawa.

Laman Facebook Malaysian Indian Forum baru – baru ini, sekali lagi, memuat naik artikel dengan membuat klaim Kaabah berasal daripada agama Hindu.

Malaysian Indian Forum – Antara laman Facebook komuniti India terbesar, mengongsikan artikel mengaitkan Kaabah dengan raja Hindu

Klaim tidak bertanggungjawab seperti ini telah dijawab berkali – kali [1] [2], tetapi ia masih disebarluaskan oleh pengendali laman sosial tidak beretika dan tiada disiplin akademik, untuk menimbulkan keretakan sosial atas nama supremasi agama.

Lebih malang, Muslim yang cuba menjawab tuduhan – tuduhan terhadap kesucian Kaabah pula yang kemudian dikecam dan diambil tindakan termasuk dibuat laporan polis ke atas mereka.

Kes Zamri Vinoth yang lepas sebagai contoh, melihatkan ratusan laporan polis dibuat ke atas beliau kerana antara lain menjawab dakwaan Hindu bahawa Hajarul Aswad adalah Shiva Lingam.

Antara komen yang biasa ditemui menuduh Hajarul Aswad sebagai Shivalingam

Video beliau menjawab tuduhan ini kemudian disebar dan ditularkan dan beliau dipersalahkan sebagai ‘mencetus perpecahan kaum dan agama’. Tetapi yang menuduh Hajarul Aswad sebagai Shivalingam tidak pula dikenakan tindakan.

Sumber Rujukannya Laman Jual Pendingin Hawa

Bagi berlaku adil, penulis mengambil keputusan meneliti artikel yang dikemukakan.

Tajuk artikel tersebut adalah:

‘Ukiran Raja Hindu Vikramaditya di Kaabah’

Perenggan permulaan artikel tersebut adalah seperti berikut:

“Sebutan nama Raja Vikramaditya ditemui pada ukiran di Kaabah, Mekah. Teks ukiran tersebut, yang dikatakan dijumpai diukir pada piring emas yang digantung dalam Kaabah, dikatakan direkodkan dalam buku bertajuk Sayar – ul – Okul (yang bermaksud – kata kata yang diingati), disimpan di perpustakaan el Sultania, Istanbul, Turki”

Ya, sudah pasti tiada umat Islam yang pernah mendengar klaim yang dibuat ini, walaupun berbelas – belas kali menunaikan umrah dan haji.

Maka penulis cuba meneliti sumber yang dikemukakan. Mungkin terdapat manuskrip – manuskrip sejarah yang dipautkan pada hyperlink (garisan biru) yang disediakan. Tetapi apabila diklik pada citation [1] itu ….

pautan [1] membawa kepada laman web jual pendingin hawa

… Penulis dibawa kepada laman web menjual pendingin hawa. Bermakna itulah sumber rujukan yang dikemukakan.

Tapi mungkin url tersebut telah diubah dan berpindah milik, maka penulis klik pula pada buku ‘sayar – ul – okul’ yang dikatakan, mungkin boleh dibawa kepada manuskrip tersebut.

Pautan Sayar ul okul membawa kepada sebuah artikel wikipedia tentang P.N Oak

Kali ini, penulis dibawa pula kepada satu artikel wikipedia tentang seorang penulis Hindu bernama P.N Oak. Beliau dikenali kerana mengatakan Kristian dan Islam berasal daripada agama Hindu, dan Vatican City, Kaabah, Westminster Abbey dan Taj Mahal berasal daripada kuil Hindu Shiva.

Sekali lagi, tiada apa – apa ditemui tentang rujukan buku bernama ‘sayar ul okul’ ini.

Lebih membingungkan, pautan berkenaan ‘inscription’ membawa kepada artikel wikipedia tentang maksud ‘inskripsi’, pautan Maktab el Sultaniya membawa kepada artikel wikipedia yang tidak wujud dan pautan Istanbul membawa kepada, ya, artikel wikipedia tentang Istanbul.

Itu bukan cara anda mengemukakan rujukan dalam artikel! Apatah lagi tuduhan anda tentang Kaabah tak boleh merujuk kepada laman web jual Air Cond!

Sudah pasti, dengan melihat kepada cara artikel tersebut dipersembahkan juga sudah cukup untuk menjadi sebab untuk mengabaikannya dan tidak layak langsung untuk dilayan secara akademik.

Permasalahannya adalah pada pengendali – pengendali media sosial yang tidak henti – henti memainkan isu Kaabah berasal Hindu ini walaupun telah dijawab berkali – kali, dan tidak kisah mengguna pakai sumber artikel taraf rendah seperti ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close