isu semasa

Free Malaysia Today Mohon Maaf, Tarik Balik Artikel Fitnah Pendakwah

Portal berita Free Malaysia hari ini telah meminta maaf dan menarik balik artikel fitnah yang diterbitkan terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth.

FMT sebelum ini telah mengeluarkan laporan yang bertajuk “Man claims trial to threatening to punch preacher Zamri Vinoth”.

Dalam perenggan terakhir portal tersebut secara ‘tanpa niat’ menulis:

Zamri juga memiliki beberapa rekod jenayah rogol, pecah amanah dan serangan fizikal.

FMT mengatakan bahawa “bukan niat mereka untuk mengeluarkan kenyataan demikian, dan ia diterbitkan atas silap pandang penyunting”.

FMT meluahkan kekesalan atas kesilapan tersebut.

Kami meminta maaf kepada Encik Zamri atas kekhilafan tersebut, dan memberi jaminan bahawa kami tidak berniat menonjolkan dirinya secara negatif.

Membalas perkembangan itu, Zamri Vinoth mengeluarkan kenyataan terbuka memaafkan FMT.

Islam mengajar kita untuk memberi kemaafan kepada mereka yang meminta maaf oleh itu saya Muhammad Zamri Vinoth Bin Kalimuthu memaafkan FMT.


Semoga ia menjadi panduan kepada mereka yang memfitnah dan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.

Perenggan fitnah yang dimuat naik oleh FMT itu sebelum ini telah mengakibatkan kerosakan terhadap diri Zamri Vinoth, apabila portal media lain menjadikannya rujukan untuk memanjangkan fitnah ke atas peribadi beliau.

Terbaru, fitnah yang sama telah dipetik oleh Says.com , sebelum ia ditarik balik. Bagaimanapun pada waktu artikel ini ditulis, masih belum ada permohonan maaf terbuka yang dibuat pihak mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close