isu semasa

Mahu Bongkar Hipokrasi Liberal, Firdaus Wong Setuju Mendebat Siti Kasim

Perdebatan dijangka berlaku antara pendakwah bebas Firdaus Wong dan Siti Kasim.

Rentetan perkembangan ini bermula apabila Siti Kasim dan Proham mengkritik Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan kerana berdakwah dan mengislamkan Orang Asli , setelah berlakunya tragedi kematian beramai – ramai orang asli Batek akibat demam campak.

Firdaus Wong kemudian mempersoalkan kenapa SK & PROHAM mengkritik hak Muslim berdakwah yang termaktub dalam perlembagaan tetapi tidak atau jarang mendengar mereka lantang mengkritik Misionari Kristian yang melakukan perkara yang sama?

Firdaus Wong selanjutnya mendedahkan agenda dakyah evangelis terhadap orang asli melalui, antara lain, laporan The National Evangelical Front (NECF) Malaysia dalam cetakan buletin pada tahun 2002 juga secara terbuka mensasarkan Orang Asli.

Laporan berita NECF jelas mempamerkan agenda pembinaan gereja di komuniti Orang Asli

Siti Kasim lantas melontarkan cabaran di bahagian komen Facebook Firdaus Wong dengan mengajak debat secara bersemuka.

Firdaus Wong mencadangkan topik “Adakah Liberal Double Standard dan Hipokrit” seraya menyahut ajakan debat tersebut. Beliau juga meminta nombor telefon wakil Siti Kasim untuk merealisasikan debat itu.

Buat masa sekarang, perbincangan mengenai topik debat masih berlangsung.

Apakah SK berani menyahut cabaran topik atau akan berdolak dalih sebagaimana dicabar oleh Dr Rozaimi, Ustaz Salman Ali dan sebagainya dengan menggunakan alasan dirinya wanita, atau tidak mahu mencetus kebimbangan rakyat sebagai mana sebelum ini.

Kemas kini:

Abu Shariz dilantik menjadi wakil Firdaus Wong bagi berbincang dengan wakil Siti Kassim bagi merealisasikan cabaran debat beliau.

Image may contain: 1 person, sitting, suit and beard

Antara yang akan dibincangkan oleh wakil debat tersebut adalah.

1. Tajuk debat
2. Format debat
3. Tarikh dan masa 
4. Lokasi
5. Bahasa untuk debat – Bahasa Kebangsaan.

Tajuk

Tajuk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Dakwah Islam Dikritik, Kerja Misionari Kristian Didiamkan? Apakah Liberal Double Standard?
  • Dakwah kepada Orang Asli, Bercanggahkah Dengan Perlembagaan dan Undang – undang?
  • Orang Asli Dibantu atau Dizalimi oleh Institusi Agama?

Format Debat

Pusingan Pertama

  • Pendebat pertama berucap: 20 minit
  • Pendebat kedua : berucap 30 minit
  • Pendebat pertama: berucap 10 minit untuk bantahan

Pusingan Pertama (Cross Fire)

  • Pendebat pertama akan bertanya 5 soalan kepada pendebat kedua
  • Setiap soalan tidak lebih seminit
  • Pendebat kedua perlu menjawab dalam masa diberi 2 minit
  • Timbal balik untuk pendebat kedua bertanya 5 soalan kepada pendebat pertama

Pusingan Ketiga (Soalan Penonton)

  • Sesi soal jawab dari penonton selama 30 minit
  • Soalan diutarakan dalam masa 1 minit
  • Pendebat jawab dalam masa 3 minit
  • Soalan perlu diselangselikan antara kedua pendebat

Tarikh dan Masa

Masa : 2.30 pm – 5.00 pm

Tarikh: Akan dicadang kembali mana – mana tarikh sesuai pada bulan Julai 2019

Lokasi

  • Memilik kapasiti 300 tempat duduk
  • Lembah Klang atau lokasi lain yang dipersetujui

Bahasa

Bahasa Kebangsaan (Melayu)

Siaran Langsung

Disiarkan secara live di platform media yang dipersetujui kedua – dua pihak, antaranya Facebook Page Firdaus Wong Wai Hung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close