isu semasaKristian

Dakwah kepada Orang Asli Dikecam, Dakyah Gerakan Evangelis Dibiarkan Pula

Baru – baru ini negara digemparkan dengan tragedi kematian beramai – ramai orang Asli Batek akibat demam campak.

Sewaktu negara sedang berduka dengan tragedi tersebut, figura liberal Siti Kasim dan seangkatan dilihat mengeksploitasi pula insiden itu dengan memburukkan usaha mendakwah orang asli kepada Islam.

Dalam hantaran di Facebook, Siti Kasim tidak semena – mena membangkitkan isu ‘Islamisasi orang Asli’ dengan mengatakan mereka ‘menyorokkan kematian mereka’ kerana tidak mahu dikebumikan cara Islam, dan mereka malah membenci orang Melayu kerananya.

Beliau juga secara langsung menyerang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atas usaha murni mereka mendakwah orang Asli.

Semalam, persatuan ‘hak asasi manusia’ Proham menyerang pula UKM lantaran terlibat dalam usaha dakwah orang Asli Kelantan, kerana menurut mereka ia ‘bertentangan dengan hak asasi manusia’.

Mengapa Tiba – Tiba Mempertikai?

Persoalan yang ditimbulkan oleh golongan Liberal ini sangat menghairankan. Usaha dakwah kepada Orang Asli bukanlah baru dimulakan semalam. Dakwah kepada non Muslim bermula hampir 40 tahun yang lalu. Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan PERKIM sebagai usaha memahamkan non Muslim tentang Islam.

Cawangan Dakwah Orang Asli JAKIM pula telah ditubuhkan pada 22 April 1991 ketika zaman Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir. Ia adalah satu Jabatan yang khusus buat masyarakat Orang Asli untuk mendekatkan mereka dengan kefahaman Islam. Mengapa golongan Liberal tidak mempertikaikan penubuhan Dakwah Orang Asli JAKIM ini di zaman Tun Mahathir dahulu?

Setelah sekian lama Cawangan Dakwah Orang Asli ini ditubuhkan, mengapa hari ini pula golongan Liberal cuba membangkitkan isu ini? Apakah ketika ini mereka telah mendapat sokongan yang jitu sehingga berani mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Universiti tempatan?

Mengapa Hanya Gerakan Dakwah Dipertikai? Bagaimana dengan Dakyah Evangelis Terhadap Orang Asli?

Suatu yang agak menghairankan adalah mengapa dalam isu ini Siti Kasim dan Ivy Josiah hanya mempersoalkan pendakwah Islam saja dan mengapa tidak kepada pendakyah Kristian dan Baha’i yang turut aktif dalam menyebarkan agama dan membangunakan rumah ibadat di kalangan orang asli?

Risalah dari badan Kristian terbesar di Malaysia iaitu National Evangelical Christian Fellowship (NECF), jelas melaporkan usaha dakyah mereka kepada Orang Asli.

Laporan berita NECF jelas mempamerkan agenda pembinaan gereja di komuniti Orang Asli
Pusat latihan Bible untuk Asli
Perkembangan jemaah gereja orang Asli

Menurut Prof Dr. Nizam Sahad, melalui kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap masyarakat Orang Asli Broga, usaha Kritistianisasi terhadap Orang Asli menampakkan kesan seawal tahun 1987 lagi.

Keratan potongan artikel Jurnal bertajuk Islamisasi dan Kristianisasi Di Kalangan Orang Asli Temuan Broga,

Malah pada November 2012, Majlis Agama Islam Negeri Pahang pernah menerima laporan kewujudan operasi Kristianisasi untuk memurtadkan Orang Asli yang dilakukan oleh mubaligh Kristian. Gerakan ini telah mendapat perhatian Senator Orang Asli, Muhammad Olian Abdullah.

Beliau memberi amaran kepada mubaligh Kristian dengan tegas. Kata beliau:

“Mubaligh Kristian seharusnya faham, mereka tak boleh sebarkan agama mereka kepada saudara baru Islam kerana ia jelas telah melanggar Perlembagaan Negara dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri,”

Ketika Mubaligh Kristian ini bersungguh dalam usaha mereka memurtadkan saudara baru Muslim dikalangan orang Asli, di mana golongan Liberal ketika itu? Mengapa mereka tidak bersuara sedangkan usaha memurtadkan Muslim itu adalah jelas bercanggah dengan perlembagaan.

Adakah mereka (pihak liberal) juga akan bersuara usaha memurtadkan orang asli beragama Islam yang jelas bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang?


Misi mendedahkan agenda talam dua muka pihak yang bersembunyi di sebalik nama undang undang dan gerakan hak asasi.

Firdaus Wong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close