isu semasa

Fitnah Pendakwah, Laporan Polis Dibuat ke atas Says.com

Portal berorientasikan liberal Says.com telah mencetus kontroversi apabila memuat naik artikel berkaitan pendakwah bebas Zamri Vinoth dengan menyelitkan caption menuduh beliau memiliki rekod rogol dan serangan fizikal.

Hantaran berbaur fitnah oleh portal Says.com

Zamri Vinoth kemudian mengutuk keras artikel dan caption daripada pihak Says yang telah memfitnah beliau.

“Saya tidak memiliki sebarang rekod jenayah, dituduh di mahkamah ataupun disabitkan oleh mahkamah dengan sebarang jenayah yang mereka tulis di dalam artikel itu”

Zamri Vinoth

Beliau selanjutnya menuntut Says.com untuk menarik balik kenyataan dan artikel tersebut dan membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam setelah artikel itu dimuat naik.

Says.com kemudian menghubungi Zamri dengan memohon maaf dan meletakkan pula kesalahan kepada sumber FMT dan the Star.

Zamri menegaskan bahawa Says.com wajib meminta maaf secara terbuka dengan mengepilkan sekali screenshot hantaran asal, dan permohonan maaf tersebut haruslah mencapai jumlah capaian yang sama seperti hantaran fitnah yang asal.

Sehingga waktu artikel ini ditulis, masih belum ada lagi permohonan maaf secara terbuka oleh pihak Says.

Zamri kemudian menghubungi FMT dan meminta mereka meminta maaf serta akan menyaman mereka atas artikel fitnah. FMT memadamkan terus artikel itu.

Pada 21 Jun 2019, Zamri membuat laporan polis ke atas Says supaya “menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang suka memfitnah tanpa bukti”.

Zamri juga bakal mengambil tindakan saman fitnah ke atas mereka. Difahamkan tindakan terhadap FMT juga akan menyusul selepas ini.

Sebelum ini, portal Says.com juga mencetus kontroversi apabila memuatnaik video tidak senonoh menghina Islam, mufti, menjaja LGBT dan kelucahan untuk memperoleh tontonan.

Bagi sebuah portal liberal yang memperjuangkan kebebasan bersuara, tindakan pengacara Says.com Nandini menggertak mereka yang tidak sependapat dengannya untuk melawan dirinya ternyata menimbulkan tanda tanya terhadap peranan portal tersebut yang seakan sengaja mahu menimbulkan kekacauan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close