isu semasaLiberal

Bahaya Nas Daily

Nas Daily, seorang vlogger yang terkenal di Facebook, membuat kontroversi baru – baru ini apabila menyindir negara Malaysia yang tidak membenarkannya masuk kerana tidak mengiktiraf passport Israel.

Hal ini agak ironi kerana Nusseir Yassin, nama sebenar Nas Daily, dibenarkan untuk mengembara ke serata dunia dan merakam vlog 1 minit satu hari adalah kerana dia memiliki kelebihan memegang passport Israel tersebut. Passport tersebut membolehkannya mengembara ke majoriti tempat dalam dunia.

Kelebihan ini bagaimanapun tidak dimiliki oleh jirannya, rakyat Palestin yang menderitai nasib yang lebih teruk daripadanya. Lebih 8 juta rakyat Palestin tidak memiliki passport. Jutaan rakyat Palestin dianggap tidak bernegara. Untuk mengembara bebas ke seluruh dunia adalah sesuatu yang sangat sukar untuk mereka.

Nas bagaimanapun tidak mengiktiraf ‘rezeki’ ini dan sering saja merungut kerana dia tidak dibenarkan mengunjungi 15 negara (kerana tidak mengiktiraf Israel). Dia mengatakan ini satu diskriminasi keranatidak mampu untuk mengunjungi 10% tempat di dunia.

Terdapat beberapa lagi permasalahan terhadap video – videonya yang popular dalam kalangan anak muda Muslim:

  1. Mengaku non-practicing Muslim namun masih Muslim tetapi menyindir ajaran Islam secara halus dan memasukkan unsur pluralisme dalam videonya.
  2. Menyindir Muslim berkaitan khinzir.
  3. Menormalkan pencerobohan Zionis ke tanah milik Palestin dengan memaparkan seolah-olah orang Palestin ok dengan pencerobohan.
  4. Menyindir Malaysia kerana tiada hubungan diplomatik dengan Israel (beliau warga Israel).
  5. Kerana beliau warga Israel maka beliau tidak dapat masuk ke Malaysia. Beliau yang baru di Singapura tidak lama membuat video kononnya yang pemandu Singapura ini berdisiplin dan kurang berdisiplin dalam parking di Singapura adalah pemandu Malaysia tetapi dirinya jahil akan cara memandu segelintir rakyat Singapura yang berlumba di lebuhraya Msia dan berlagak di jalanan Malaysia!

Nas Daily mendapat sumber kewangannya dari populariti dan pelbagai lagi caranya. Ramai yang tertipu atau sengaja merelakan diri ditipu oleh ‘one sided narrative’ yang dibawa oleh Nas Daily dan mempengaruhi pemikiran kita secara halus.

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa artikel ini bersikap terlalu pessimistik dan selektif terhadap Nas Daily. Banyak video – videonya yang bermotivasi dan diterima ramai. Tapi itulah peranan propaganda, untuk menghasilkan sesuatu yang begitu normal sehinggalah perkara abnormal juga dianggap biasa dan diterima.

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close