isu semasa

Pemabuk Langgar Mati Orang Tidak Bersalah (Lagi). Di Mana Suara Ketua Agama Lain Hadkan Arak?

Sekali lagi, arak menjadi punca kematian mereka yang tidak bersalah.

Seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan ganja merempuh maut seorang wanita penjual kuih manakala suaminya pula parah.

Minuman keras yang ditemui di tempat kejadian.

Awal tahun ini, seorang murid darjah satu dirempuh mati oleh pemandu mabuk, dan sebelum ini, negara pernah digemparkan apabila seorang pemandu wanita dibawah pengaruh alkohol melanggar mati empat orang di Sabah, dan satu lagi kes di Kuantan yang membunuh 2 orang turut disebabkan pemabuk mabuk.

Sekurang – kurangnya 5 kes kematian di Malaysia dicatatkan yang berkait langsung dengan alkohol.

Jelas, kemudaratan arak sememangnya tidak dapat lagi dinafikan. Ia bukan sahaja memudaratkan peminumnya, malah memberikan risiko tinggi terhadap kesejahteraan orang awam.

Namun, persoalannya, mengapa tidak begitu kedengaran seruan menghentikan, atau sekurang – kurangnya meminimakan pengambilan arak dalam kalangan pemimpin agama lain?

Seruan yang mengecam keburukan arak bagaikan ekslusif hanya dibuat oleh penganut Islam.

Di mana suara dan desakan sarjana serta pemimpin – pemimpin agama lain untuk mengambil tindakan mengehadkan penjualan dan pengambilan arak?

Jika berlaku apa – apa kes jenayah di Maahad Tahfiz, maka sekejap saja masyarakat bukan Islam sebulat suara menyalahkan Tahfiz dan disuruh tutup atau dihadkan. Namun, kini begitu banyak nyawa yang diragut akibat arak, di mana suara mereka?

Dari segi seruan agama, jelas arak sememangnya dibenci dan ditegah, seperti yang dilihat pada ayat – ayat kitab Hindu:

“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman arak, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1)

Ini menunjukkan bahawa meminum minuman keras adalah dilarang malah di dalam kitab Manusmriti terdapat banyak larangan mengenai larangan meminum Sura (arak):

“Membunuh brahmana, meminum sura (arak), mencuri emas seorang brahmana, berzina dengan isteri guru dan bergaul dengan orang jahat mereka digolongkan sebagai maha-pataka (dosa besar).” (Manusmriti: 11: 55)

“Seorang dvijati yang sengaja mabuk kerana pengaruh pikiran, sura (arak) atau meminum minuman keras yang mendidih panas; kalau seluruh badan ini telah tercuci oleh didih itu terbebaslah ia dari dosa, atau ia boleh meminum kencing sapi, air, susu, mentega suci atau air tahi sapi yang panas sampai ia mati” (Manusmriti 11: 91-92)

“Sesungguhnya sura (arak) adalah biji-bijian kotor yang ditolak dan demikian pula dosa itu disebut mala. Oleh kerana itu brahmana, Ksatriya dan Waisha dilarang meminum sura (arak). Ketahuilah bahawa sura (arak) terdiri atas tiga macam jenisnya iaitu yang disuling dari gula, yang di suling dari kembang maduka dan yang disuling dari padi, seperti satu yang disebut di atas demikian ketiganya itu dilarang bagi orang dvijati.” (Manusmriti 11: 94-95)

Maka jelas sarjana – sarjana agama Hindu antaranya perlu lebih lantang menyuarakan larangan arak sebagaimana yang disebut di dalam agama mereka.

“Adalah sarjana agama berani bersuara dan tegas dalam isu ini atau takut bersuara kerana risau hilang pengaruh, jawatan dan kemewahan andai bersuara menasihati penganut masing-masing yang minum arak? “

Firdaus Wong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close