isu semasa

Pertahan Dr Zakir Naik daripada Kezaliman Kerajaan India

SOKONGAN UMAT ISLAM SEGERA DIPERLUKAN !!!!!!

Tandantangan petisyen berikut untuk dihantar kepada Perdana Menteri Tun Mahathir

https://tinyurl.com/yx8h8otj

“Kami menyokong Kerajaan Malaysia untuk bertahan dan tidak tunduk kepada tekanan India dan desakan segelintir pihak disini untuk mengekstradisi Dr zakir Naik ke India. Kami juga menyokong penuh tindakan kerajaan bagi membenarkan Dr Zakir terus berada di Malaysia selagi beliau tidak menyalahi undang-undang negara ini”

Berikut adalah seruan dari MAPIM yang menggesa seluruh umat Islam untuk tidak tunduk kepada kezaliman kerajaan India yang tidak henti – henti menyerang Dr Zakir Naik.


Dr Zakir Naik merupakan antara pendakwah prolifik dalam dunia hari ini dan kini mendapat perlindungan di Malaysia kerana tekanan perundangan oleh kerajaan India. Antara kehebatannya yang disebut sebagai Ahmad Deedat ke-2 ialah beliau mampu berhujah menggunakan pelbagai rujukan samada Al-Quran, Hadis, Bibble, Veda, Mahabrata, New Testament dan sebagainya dalam mematikaan hujah lawan seterusnya mengangkat al-Quran sebagai sumber yang benar-benar sahih datang daripada Allah SWT.

Beliau adalah seorang intelektual Islam yang diktiraf diseluruh dunia dan diperakui oleh negara-negara Islam. Hujah dan syarahannya tidak mempunyai unsur menghasut atau menghina agama lain seperti yang didakwa melainkan mengangkat kebaikan agama Islam mengatasi agama anutan yang lain.

Selepas kemenangan Parti BJP di India yang diketuai oleh Narendra Modi, serta disokong oleh gerakan fanatik agama Hindu dibawah pengaruh puak RSS ( pertubuhan berfahaman nasionalis dan ekstrimis Hindu ), mereka terus menekan supaya tindakan ke atas Dr Zakir diambil, kini dakwaan pemindahan wang haram oleh Dr Zakir dijadikan tuduhan pilihan dan memohon bantuan Interpol untuk mengektradisi Dr Zakir ke India . Namun, Dr Zakir telah berkali-kali menjelaskan semua prosedur kewangan beliau sangat telus. Tidak ada yang mahu diselindungi. Semua dokumen aliran kewangan dan tanggungjawab membayar cukai telah diserah kepada pihak berwajib India.

Tekanan dalam Malaysia juga telah diberi oleh beberapa aktivis sosial, segelintir media tempatan dan ahli politik kerajaan agar Malaysia segera melakukan proses ekstradisi tersebut. Namun kami yakin ramai berpandangan bahawa Dr Zakir bukan lagi mahu diadili di mahkamah India kerana sudah pasti tidak akan mendapat pembicaraan yang adil setelah beliau diberi persepsi yang buruk oleh kerajaan dan media di sana, tetapi lebih untuk menahan beliau dan tidak membenarkan beliau menyampaikan dakwahnya di negara itu.


Kerajaan Malaysia setakat ini masih bertahan dan tidak tunduk kepada tekanan India dan desakan segelintir pihak disini lalu membenarkan Dr Zakir terus berada di Malaysia selagi beliau tidak menyalahi undang-undang negara ini. Namun suasana dan iklim politik mutakhir ini agak sukar dan membimbangkan akan pendirian tersebut.

Sehubungan itu, MAPIM mengesa dan akan menggerakkan seluruh umat Islam agar bersatu mempertahankan hak kerajaan Malaysia untuk tidak mengesktradiksi Dr Zakir ke India walau apa tekanan yang dikenakan.


Kempen yang dinamakan “Say No to India Extradition” telah dilancarkan pada hari Jumaat, 14 Jun 2019 jam 10 pagi bertempat di Dewan Majlis Perundingan Melayu, 371-A, Jalan Ledang, off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur .


Semua Tokoh Masyarakat, NGO, Badan sukarela, Pertubuhan berdaftar dan Parti Politik adalah dijemput untuk menyatakan sokongan kepada Kempen ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close