Kristian

Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF

Unicef dalam laporan yang baru dikeluarkan melaporkan bahawa terdapat 115 juta kanak – kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia.

Kajian tersebut mendapati amalan kahwin bawah umur dalam kalangan lelaki meliputi benua Afrika sub – Sahara, Amerika Latin dan Caribbean, Asia Selatan, Asia Timur dan Pasifik.

Tiga negara yang paling banyak mencatatkan perkahwinan bawah umur adalah Central African Republic (28%), Nicaragua (19%) dan Madagascar (13%).

Dari segi populasi agama, ketiga – ketiga negara tersebut adalah majoriti besar beragama Kristian dengan Central African Republic miliki 89% populasi Kristian, Nicaragua 85% dan Madagascar 85% menurut data Pew.

Unicef dalam laporan tersebut turut menyenaraikan 11 negara paling banyak statistik perkahwinan lelaki bawah umur dengan peratus melebihi 10 peratus..

Dari segi pecahan menurut demografi agama, negara majoriti Kristian mendominasi senarai dengan 7 negara, diikuti Buddha (2), Hindu (1), dan Islam (1).

Senarai pecahan adalah seperti berikut:

  • Negara majoriti Kristian – Central African Republic, Nicaragua, Madagascar, Nauru, Honduras, Marshall Islands, dan Cuba.
  • Negara majoriti Buddha – Lao PDR, Thailand.
  • Negara majoriti Hindu – Nepal
  • Negara majoriti Islam – Comoros.

Benua Afrika Sub Sahara mencatatkan statistik paling banyak perkahwinan bawah umur, diikuti oleh Asia Selatan dan Amerika Latin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close