perbandingan agama

Kenapa Uncle Cina Berbaju Melayu Berseluar Hitam Ini Menyanyi Dalam Tokong?

Tular dua video yang menunjukkan lelaki cina menyembah tokong sambil memakai kopiah dan salah seorang lagi menari serta menyanyi dalam tokong.

Kenapa Uncle Cina Berbaju Melayu Berseluar Hitam Ini Menyanyi Dalam Tokong?Tular dua video yang menunjukkan lelaki cina menyembah tokong sambil memakai kopiah dan salah seorang lagi menari serta menyanyi dalam tokong. Hal ini berkaitan dengan salah satu kepercayaan masyarakat Cina iaitu Datuk Kong atau Na Tuk Kong.Datuk Kong adalah patung sembahan yang paling banyak disembah oleh orang Cina khusus di Nusantara. Dapat dilihat, hampir kesemua rumah orang Cina yang menganut Taoisme akan memiliki Datuk Kong dengan pelbagai ukiran dan bentuk diletak di hadapan rumah dan kedai mereka. Ia dikenali sebagai dewa tempatan yang menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan dan kesihatan.Cara untuk mengenali Datuk Kong adalah dengan melihatnya diluar rumah orang Cina, terdapat sebuah ‘shrine’ kecil berbentuk replika rumah berwarna merah atau kuning dan diletakkan limau dan nenas beserta colok di hadapanya. Di dalam rumah kecil ini akan didapati adanya patung-patung kecil kebiasaanya adalah orang melayu.Konsep terbentuk Datuk Kong ini adalah hasil gabungan (sinkretisme) di antara kepercayaan animisme orang Melayu terdahulu (memuja Datuk Keramat) dengan kepercayaan orang Cina yang menyembah Tudi Gong (satu dewa penjaga Kawasan yang sedia ada di dalam kepercayaan cina dahulu) lalu asimilasi dari kepercayaan ini membentuk konsep kepercayaan Datuk Kong yang rata-rata adalah orang melayu yang telah meninggal dunia.Bagi orang Cina, keramat atau kemuliaan dihubungkaitkan dengan makhluk setempat. Makhluk ini dipercayai mengawal gerak kuasa yang tidak dapat dilihat di dalam sesuatu kawasan. Ia disembah sebagai makhluk setempat dan melahirkan konsep roh setempat.Mengikut kepercayaan orang Cina, keramat memerlukan pemujaan dari manusia. Keramat berasal daripada roh si mati yang dihormati semasa hidupnya samada beliau adalah seorang guru silat, orang yang kaya, orang baik, orang alim, dan ulama. Mereka tidak mengira samada orang-orang itu dari kalangan yang berlainan agama denganya kerana mereka hanya melihat akhlak dan moral seseorang yang dihormati itu. Meraka percayai bahawa roh tersebut menjelma dalam bentuk ghaib atau keramat yang boleh membantunya.Ini kerana asas dalam kepercayaan cina juga, mereka percaya manusia boleh menjadi dewa atau tuhan jika dia dilantik oleh Maharaja Jed di langit setelah dia meninggal.Berdasarkan sistem bentuk hearaki dewa-dewi, orang Cina memuja tuhan yang bawah atau tanah, iaitu yang ada hubungan dengan mereka, seperti Datuk Kong. Mereka meyakini bahawa Datuk Kong memelihara dan menjaga keamanan kawasan mereka dan dapat memberi kebaikan kepada mereka. Adapun tuhan-tuhan lebih tinggi seprti Tian, Maharaja Jed, dan sebaris denganya itu kurang diberi perhatian oleh masyarakat Cina.Begitu juga dengan isu Datuk Kong yang merupakan salah satu cara mereka berdoa untuk mereka mendapatkan kebaikan dari rohnya. Dengan bertawasul dengan roh orang-orang alim dan baik.Cara MemujaMengikut kepercayaan masyarakat cina apabila mereka memuja pada hari istimewa (hari raya) untuk menyenangkan hati Datuk Kong dari kalangan orang melayu yang disembah, mereka akan berpakaian seperti orang melayu. Sebab itu ada diantara mereka akan memakai songkok, kopiah, baju melayu dan berkain pelikat. Begitu juga saat mereka membasuh dan membersihkan shrine Datuk Kong, mereka akan memakai pakaian yang sama.Mereka juga akan menjamu (ritual) Datuk Kong dengan bahan-bahan halal. Mereka akan menghindari arak dan daging babi tatkala melakukan upacara persembahan jamuan.KesimpulanDi dalam kes ini kedua-dua pihak perlu sedar akan beberapa bentuk sensitiviti yang akan timbul. 1) Masyarakat Cina perlu tahu dengan berpakaian berkopiah dan baju melayu itu adalah sinonim dengan pakaian Lebai yang watak orang beragama. Jika boleh elakkan dari berpakaian sedemikian dengan bernyanyi dan ketika menyembah Datuk Kong kerana ia tidak sopan bagi masyarakat melayu dan boleh menimbulkan salah faham. Kerana jika mahu menjadi 'seperti' melayu tidak perlu berpakaian sebegitu tetapi cukup dengan fasih bercakap bahasa melayu dan mengamal adat budaya melayu.2) Masyarakat Islam Melayu usah pelik jika dilihat sebahagian masyarakat cina menyembah patung-patung melayu dan India samada dikalangan sultan, dato, ahli politik dan bermacam lagi. Ia adalah bentuk kepercayaan yang telah diinovasikan setelah abad ke 19 M yang mana amalan ini tidak ada di China.3) Masing-masing perlu memahami nilai sensitiviti dan perlu menghormati diantara satu sama lain.

Posted by We Are All Firdaus Wong on Friday, June 7, 2019

Hal ini berkaitan dengan salah satu kepercayaan masyarakat Cina iaitu Datuk Kong atau Na Tuk Kong.

Datuk Kong adalah patung sembahan yang paling banyak disembah oleh orang Cina khusus di Nusantara. Dapat dilihat, hampir kesemua rumah orang Cina yang menganut Taoisme akan memiliki Datuk Kong dengan pelbagai ukiran dan bentuk diletak di hadapan rumah dan kedai mereka. Ia dikenali sebagai dewa tempatan yang menjaga kesejahteraan, keamanan, kekayaan dan kesihatan.

Cara untuk mengenali Datuk Kong adalah dengan melihatnya diluar rumah orang Cina, terdapat sebuah ‘shrine’ kecil berbentuk replika rumah berwarna merah atau kuning dan diletakkan limau dan nenas beserta colok di hadapanya. Di dalam rumah kecil ini akan didapati adanya patung-patung kecil kebiasaanya adalah orang melayu.

Konsep terbentuk Datuk Kong ini adalah hasil gabungan (sinkretisme) di antara kepercayaan animisme orang Melayu terdahulu (memuja Datuk Keramat) dengan kepercayaan orang Cina yang menyembah Tudi Gong (satu dewa penjaga Kawasan yang sedia ada di dalam kepercayaan cina dahulu) lalu asimilasi dari kepercayaan ini membentuk konsep kepercayaan Datuk Kong yang rata-rata adalah orang melayu yang telah meninggal dunia.

Bagi orang Cina, keramat atau kemuliaan dihubungkaitkan dengan makhluk setempat. Makhluk ini dipercayai mengawal gerak kuasa yang tidak dapat dilihat di dalam sesuatu kawasan. Ia disembah sebagai makhluk setempat dan melahirkan konsep roh setempat.

Mengikut kepercayaan orang Cina, keramat memerlukan pemujaan dari manusia. Keramat berasal daripada roh si mati yang dihormati semasa hidupnya samada beliau adalah seorang guru silat, orang yang kaya, orang baik, orang alim, dan ulama. Mereka tidak mengira samada orang-orang itu dari kalangan yang berlainan agama denganya kerana mereka hanya melihat akhlak dan moral seseorang yang dihormati itu. Meraka percayai bahawa roh tersebut menjelma dalam bentuk ghaib atau keramat yang boleh membantunya.

Ini kerana asas dalam kepercayaan cina juga, mereka percaya manusia boleh menjadi dewa atau tuhan jika dia dilantik oleh Maharaja Jed di langit setelah dia meninggal.

Berdasarkan sistem bentuk hearaki dewa-dewi, orang Cina memuja tuhan yang bawah atau tanah, iaitu yang ada hubungan dengan mereka, seperti Datuk Kong. Mereka meyakini bahawa Datuk Kong memelihara dan menjaga keamanan kawasan mereka dan dapat memberi kebaikan kepada mereka. Adapun tuhan-tuhan lebih tinggi seprti Tian, Maharaja Jed, dan sebaris denganya itu kurang diberi perhatian oleh masyarakat Cina.

Begitu juga dengan isu Datuk Kong yang merupakan salah satu cara mereka berdoa untuk mereka mendapatkan kebaikan dari rohnya. Dengan bertawasul dengan roh orang-orang alim dan baik.

Cara Memuja

Mengikut kepercayaan masyarakat cina apabila mereka memuja pada hari istimewa (hari raya) untuk menyenangkan hati Datuk Kong dari kalangan orang melayu yang disembah, mereka akan berpakaian seperti orang melayu. Sebab itu ada diantara mereka akan memakai songkok, kopiah, baju melayu dan berkain pelikat. Begitu juga saat mereka membasuh dan membersihkan shrine Datuk Kong, mereka akan memakai pakaian yang sama.

Mereka juga akan menjamu (ritual) Datuk Kong dengan bahan-bahan halal. Mereka akan menghindari arak dan daging babi tatkala melakukan upacara persembahan jamuan.

Kesimpulan

Di dalam kes ini kedua-dua pihak perlu sedar akan beberapa bentuk sensitiviti yang akan timbul.

1) Masyarakat Cina perlu tahu dengan berpakaian berkopiah dan baju melayu itu adalah sinonim dengan pakaian Lebai yang watak orang beragama. Jika boleh elakkan dari berpakaian sedemikian dengan bernyanyi dan ketika menyembah Datuk Kong kerana ia tidak sopan bagi masyarakat melayu dan boleh menimbulkan salah faham. Kerana jika mahu menjadi ‘seperti’ melayu tidak perlu berpakaian sebegitu tetapi cukup dengan fasih bercakap bahasa melayu dan mengamal adat budaya melayu.

2) Masyarakat Islam Melayu usah pelik jika dilihat sebahagian masyarakat cina menyembah patung-patung melayu dan India samada dikalangan sultan, dato, ahli politik dan bermacam lagi. Ia adalah bentuk kepercayaan yang telah diinovasikan setelah abad ke 19 M yang mana amalan ini tidak ada di China.

3) Masing-masing perlu memahami nilai sensitiviti dan perlu menghormati diantara satu sama lain.

Sumber: We Are All Firdaus Wong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close