LGBT

10 Peratus Pembelian Barangan Terpilih H&M Disalur Terus kepada Kempen LGBT

H&M bukan saja telah mengumumkan sokongan kepada agenda LGBT , syarikat pakaian antarabangsa tersebut juga menyalurkan 10% daripada pembelian item terpilih secara langsung kepada kempen lesbian, gay, bi, trans, dan intersex.

Penerima potongan 10% daripada harga barangan H&M tersebut, ‘UN – Free & Equal’ adalah kempen global untuk mempertahan hak kesamarataan LGBTI.

Polisi syarikat tersebut bertujuan mempamerkan kebanggaan H&M terhadap hak LGBT, di samping menjadi cerminan ‘masyarakat global’.

“H&M mahu menjadi cermin kepada masyarakat global, iaitu dengan memeluk sepenuhnya mesej utama ‘Cinta kepada semua’, mempertahan hak masyarakat untuk mencintai sesiapa saja mereka kehendaki, di mana saja mereka berada. Kami berbangga untuk meneruskan sokongan kami kepada kesamarataan LGBTQI dengan meraikan cinta dan membangkitkan kesedaran terhadap perjuangan kesamarataan hak, kepelbagaian dan inklusiviti.

Sara Spannar, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Global H&M

Hal ini mula tular dan tersebar ke pengetahuan umum antara lain adalah apabila dipersoal oleh Ustaz Fathul Bari dalam Twitter milik beliau.

Menurut Dr Fathul Bari, isu utama adalah pada potongan secara langsung hasil jualan untuk menyokong LGBT, di samping promosi terbuka terhadap amalan kaum Luth tersebut.

“Isunya pada potongan dari hasil jualan utk sokong LGBT. boikot harus mengikut disiplin syarak. bukan pukal dan sembrono. Nabi SAW walaupun mengkritik kejahatan puak2 yahudi, Nabi SAW masih berurus niaga dgn mereka dalam hal – hal yg harus.


Contoh; kedai runcit non-muslim yg sumber perniagaannya kita tak tahu halal atau tak. Namun Islam MENGHARUSKAN kita membeli barangan2 tanpa bertanya dari mana sumbernya. Tapi, jika ditulis, beli beras ABC, hasilnya 10% akn disalurkan utk sokong PELIWAT, hukumnya HARAM”

Beberapa pengguna media sosial lain turut menyuarakan seruan boikot kepada syarikat tersebut lantaran tidak mahu menyumbang secara langsung kepada amalan haram homoseks.

Pengurus Komunikasi H&M Malaysia dan Singapura bagaimanapun mengatakan bahawa koleksi pakaian H&M terbaru ‘Love For All’ yang menyokong komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tidak dijual di Malaysia, lapor Malaysiakini dalam balasan emel.

Namun, sebahagian warganet mengatakan bahawa nilai matawang RM dalam gambar tular item H&M jelas menunjukkan bahawa polisi mesra LGBT syarikat tersebut terdapat di Malaysia.

Nilai matawang RM pada tag harga sumbangan 10% kepada UNFE.

Media sosial H&M Malaysia masih belum menaikkan sebarang klarifikasi pada masa artikel ini ditulis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close