isu semasa

Pistol Penjahat Tersekat Apabila Mangsa Membaca al Quran.

Toronto, Kanada – Sebuah video tular apabila ia menunjukkan seorang lelaki Muslim di Toronto yang hampir saja ditembak di kepala, tetapi pistol penjahat tersebut tersekat apabila beliau membacakan ayat al Quran.

Muslim brother In #toronto was chilling when someone walked behind him with a gun and pulled the trigger but the gun jammed, a friend of his who spoke about the incident, mentioned that the brother heard someone walking behind him quickly late at night, instead of panicking he decided to recite the #Quran, when he turned around he saw the suspect walking away. He had no idea that he pointed the gun at his head and pulled the trigger. Allah Protected him #alhamdulillah

Posted by Mutah "Napoleon" Beale on Thursday, May 30, 2019

Penjenayah tersebut kemudian beredar pergi apabila menyedari perancangan jahatnya tidak berhasil secara tiba – tiba.

Seorang ahli rap terkenal Napoleon Mutah Beale mengongsikan video tersebut di Facebook dengan menceritakan kisah di sebaliknya.

“Seorang saudara Muslim di Toronto beredar setelah solat Tarawih apabila seorang lelaki berjalan di belakangnya dengan memegang pistol. Apabila picu pistol ditekan, ia tersekat. Seorang rakan saudara Muslim tersebut menceritakan tentang kejadian itu, katanya beliau mendengar derapan kaki seseorang di belakangnya di lewat malam. Tetapi beliau tidak panik, sebaliknya mula membaca al Quran. Apabila beliau menoleh ke belakang beliau melihat penjenayah tersebut beredar, tanpa menyedari pistol telah diajukan di kepalanya dan picu telah pun ditekan. Allah menyelamatkannya Alhamdulillah”

Jenayah kebencian ke atas minoriti Muslim sedang meningkat naik di negara Barat lantaran kadar kemasukan Islam yang tinggi .

Sumber: millichronicle.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close