Kristian

Pastor Tampar Gambar Jesus kerana “Tuhan Bukan Orang Putih”.

Sebuah video tular di media sosial apabila seorang pastor bernama Gino Jennings menampar gambar Jesus kerana mengatakan wajah yang dilukis itu merupakan suatu penipuan orang Eropah.

Pastor Gino Jennings Slaps White Jesus and Tells the Truth

Pastor Gino Jennings Slaps White Jesus and Tells the Truth

Posted by Ghana BibleCodes on Sunday, December 23, 2018

“Ini bukan Jesus! Orang Eropah sengaja melukis supaya menyerupai mereka, kemudian menggunakan Bible untuk menyuruh kita mematuhi mereka sebagai tuan!”

Beliau juga mengatakan sifat rasisme ini sebagai tidak ubah seperti keganasan.

“Jika anda mahu menyuruh saya mematuhi orang putih, untuk fikir mereka sebagai lebih mulia daripada saya orang kulit hitam, saya lebih rendah taraf, itu adalah keganasan!”

“Kita tak tahu Tuhan berwarna apa. Tapi jika saya ada agenda yang lain, dan saya lihat anda seorang yang beragama, saya pasti memanipulasi agama untuk memerah anda!”

“Maka pesuruh Syaitan menjadikan Jesus seorang berkulit putih, sesetengah jadikan baginda hitam, kuning. Tapi majoriti menggambarkannya sebagai orang putih”

Pastor Gino juga kemudian melanjutkan dengan mengatakan amalan menyembah dan berteleku, serta simbol penyaliban adalah suatu bentuk penyembahan berhala.

Imej – imej seperti ini telah mencemarkan agama. Mereka letak gambar – gambar ini dalam Bible, anda lukis pada muka tingkap, anda lukis pada dinding. Tuhan tidak suruh anda menghadap poster!

“Itu sebab gereja – gereja anda begitu lemah. Anda penyembah berhala! Anda tunduk pada paderi anda, kami tunduk pada Tuhan”

Menurut Gino lagi, tujuan pemaparan Jesus dalam bentuk lelaki kulit putih adalah untuk menguatkan sistem perhambaan terhadap masyarakat berkulit hitam.

“Cara mereka menarik keluar semangat melawan seorang hamba adalah dengan menggunakan jenama (Jesus putih) ini”.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close