isu semasa

Tular Gambar Murid Enggan Padankan ‘Menerima Islam sebagai Agama Persekutuan’ dalam Ujian Moral

Sebuah laman Facebook mencetus kontroversi di media sosial apabila mempertikai soalan yang dikemukakan dalam ujian pendidikan Moral sebuah sekolah rendah.

No photo description available.

Dalam ujian tersebut, murid dikehendaki memadankan beberapa prinsip rukun dan cara menghormati prinsip – prinsip tersebut.


‘Keluhuran perlembagaan’ dipadankan dengan ‘mematuhi dan mempertahankan perlembagaan negara’ dan ‘kedaulatan undang – undang’ dipadankan dengan ‘menerima dan mematuhi undang – undang negara’.

Namun, dalam gambar tersebut, murid tersebut dilihat tidak memadankan ‘kepercayaan kepada Tuhan’ dengan item ‘menerima agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan’. Markah kemudian tidak diberi oleh guru tersebut (kerana tiada percubaan menjawab, berkemungkinan kerana tidak rela).

Dipercayai murid tersebut merupakan seorang yang bukan beragama Islam.

Hal ini dijadikan sentimen tidak harmoni oleh sebuah laman Facebook besar yang berteraskan kaum, yang memuatnaik gambar tersebut kemudian memautkan nama Menteri Pendidikan dalam hantarannya.

Ini disambut oleh netizen yang mengatakan soalan tersebut sebagai rasis, bodoh, gila, dan ‘penghormatan besar kepada murid yang tidak menjawab’.

Dalam penerbitan mengenai Rukun Negara yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara pada tahun 2013, jelas menghurai bahawa perakuan Islam sebagai agama (rasmi) Persekutuan sememangnya termaktub dalam prinsip rukun negara yang pertama:

Ini memang sudah sedia maklum sejak Rukun Negara diperkenal.

Sebahagian netizen menempelak pihak yang mempertikai perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan menjadi identiti negara sekian lama:

Ini bersikap biadap terhadap rukun negara dan perlembagaan.

Ini menunjukan sikap rebel yang tidak sihat dalam memahami kerangka rukun negara dan perlembagaan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku.

Wargamaya juga turut mengulas mempertahankan soalan tersebut yang sepatutnya sudah sedia maklum diterima oleh sekalian warga Malaysia:

Pertama, apa masalah kepada isu rukun negara yang pertama ‘kepercayaan kepada Tuhan’? Adakah terdapat agama di Malaysia ini yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan?


Kedua, jika disebut tentang kepercayaan kepada Tuhan sudah tentu ia akan berkait dengan agama. Oleh itu, mengikut kontkes perlembagaan telah menggariskan tentang polisi agama dalam Perkara 3 (1) mengatakan;


“Ugama Islam ialah ugama (rasmi) bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”


Ketiga, terdapat dua andaian yang bermain di fikiran mereka. Kemungkinan mereka dilema dengan maksud agama rasmi itu hanya Islam sahaja yang boleh wujud dan diamalkan di Malaysia manakala agama lain tidak boleh wujud dan diamalkan. Jika itu yang bermain di kepalanya maka ternyata dia masih tidak faham perlembagaan. Atau kemungkinan pelajar tersebut tekad tidak bersetuju dengan Perlembagaan dan mahu mengiktirafkan agama selain Islam sebagai agama rasmi negara dan berhak untuk menyebarkan agama dan bertukar agama.

Diharapkan agar identiti asas negara ini tidak terus dipertikai oleh pihak – pihak tidak bertanggungjawab.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close