Syiah

Pendedahan Who Is Hussain yang Mengedar Risalah Berbaur Syiah di Bazar Ramadhan

Gerakan Who Is Hussain ini adalah jambatan untuk menyelesakan gerakkan Syiah di Malaysia. Mereka berselindung di sebalik nama kebajikan dan di atas slogan “Love” serta “Humanity”. Walhal, disebalik pertubuhan itu, terdapat tubuh-tubuh manusia yang beraqidah pelaknat para sahabat nabi SAW.

Antara program yang pernah mereka anjurkan adalah mengedar donut sambil mengedar risalah Who Is Hussain kepada orang ramai (isu bukan pada donut tetapi kepada mesej sebaran dakyah mereka).

Terbaru, sempena Ramadan mereka melakukan sebaran dakyah mereka secara terbuka di bandaraya Kuala Lumpur.

Ahli kumpulan Who Is Hussain mengedar bungkusan kepada orang ramai di Bazar Ramadhan
Dalam bungkusan tersebut, terselit pamplet who is hussain. Terpampang nama – nama besar dalam sejarah dunia termasuk Ali bin Abi Talib dan Hussain (dicerahkan).
Kandungan pamplet tersebut

Di sini kami akan mendedahkan siapa disebalik pertubuhan Who Is Hussain- Malaysia ini. Gerakan Who Is Hussain-Malaysia diasaskan oleh sekawan warga negara Pakistan yang belajar di Malaysia dan mereka adalah penganut Syiah tegar!

1) Kumail Rizvi, dia merupakan warga Pakistan dan bekas pelajar di Monash University Malaysia. Dia juga merupakan jurugambar dan pengasas kepada gerakkan Who Is Hussain Malaysia. Fb: https://www.facebook.com/syedkumailriz

Kumail Rizvi, pengasas Who Is Hussain Malaysia
Ulama Syiah dari Pakistan dibawa ke Malaysia oleh pengasas Who Is Hussain Malaysia
Pengasas WIHM melakukan ziarah syiah hari Arba’in di Karbala
Pengasas WIHM memberi like pada komen yang mengatakan ‘gembira melihat shia di Malaysia’
Melawat Qum
Pengasas WIHM memuat naik simbol Panjtan, 5 orang utama dalam syiah dan meminta supaya dipanjangkan umur untuk ‘misi’nya.

2) Mehdi Jiwani, dia merupakan warga Pakistan yang mengurus bahagian Media di Who Is Hussain-Malaysia. Beliau juga pemilik kepada page Jiwani Studio yang merupakan medium penyebaran Syiah. Fb: https://www.facebook.com/mehdijiwani

Pengarah media WIHM dan CEO portal media syiah
Menyambut Ashura 10 Muharam dan menyebut ‘Labbaik ya hussain’
Gambar ‘kubur Saidina Hussein’
Menuduh seorang sahabat nabi membunuh Fatimah, malah mengatakan beliau sebagai kejam.
Memetik kitab utama Syiah Nahjul Balagha
Meletakkan cover photo mahu mempertahankan walayah. Walayah dan Imamah adalah konsep utama dalam syiah Imam 12
Mengongsikan status memburukkan Ahlussunnah wal Jamaah

3) Syeda Rais Fatima Rizvi, juga warga Pakistan dan posisinya di bahagian kewangan di Who Is Hussain.

Mereka ini terlibat dengan pertubuhan “Baab ul Hidayah Malaysia” yang merupakan markas Syiah (Pakistani) yang aktif di Malaysia. Boleh dilihat di Fb: https://www.facebook.com/baabulhidayah/

Di bahagian info, lama baab ul hidayah yang dikendali pengasas WIHM mahu meneruskan legasi ‘Azadari’ – meratapi kematian Hussein

Di youtube mereka jelas dapat dilihat begitu aktif melakukan khutbah Syiah bermula sejak 2014 sehingga sekarang. Boleh dilihat Channel mereka “Baab ul Hidayah” :

Laman Youtube Baab ul Hidayah Shia. Dalam video setahun mereka, diselitkan aktiviti di Karbala.


Kebanyakkan mereka adalah orang Pakistan yang memiliki nama keluarga Rizvi. Perkataan Rizvi nama bagi keturunan imam ke 8 Syiah iaitu Ali al-Ridha. Majoriti mereka adalah syiah dan majoriti mereka berada di Pakistan dan India. Adakah belum jelas lagi bahawa mereka semua ini memiliki agenda untuk menyebarkan fahaman Syiah melalui program ‘kebajikan’ di Malaysia?

Kini sudah jelas siapa dalang di sebalik pergerakkan Who Is Hussain Malaysia. Masih ada lagi suara-suara yang mempertahakan pertubuhan Who Is Hussain ini tidak ada kaitan dengan Syiah? Samada dia itu buta atau buat-buat buta!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close