Syubhat

Benarkah Hanya Islam Amalkan Poligami?

Antara sindiran yang sering dibangkitkan oleh pengkritik Islam adalah mengatakan ‘hanya Islam yang mengamalkan poligami’, seolah menggambarkan Islam sebagai agama yang menggalakkan pelampiasan nafsu menerusi Isteri yang banyak.

Benarkah telahan tersebut?

Poligami dalam Amalan Agama – agama Lain

Penelitian daripada kitab – kitab suci serta rujukan sejarah menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang terawal mengamalkan poligami, ia malah turut diamal dan dianjur oleh agama – agama lain.

Poligami Dalam Kristian

Jika dilihat di dalam Bible, ada ayat yang menceritakan soal poligami para nabi terdahulu, dalam Perjanjian Lama menceritakan Abraham memiliki 3 orang isteri (selain Sarah dan Hagar beliau berkahwin dengan Keturah, Kejadian 25:1), Raja Solomon memiliki 700 orang isteri dan 300 gundik (1 Raja-Raja 11:3)

Ia mempunyai tujuh ratus isteri dari kaum bangsawan dan tiga ratus gundik; t  isteri-isterinya itu menarik u  hatinya dari pada TUHAN.

1 Raja-Raja 11:3

Di dalam Kejadian bab 29: ayat 22-23, ayat 30, bab 30 ayat 4 dan ayat 9 Yakub berkahwin seramai empat orang isteri. Manakala Daud pula dikatakan berpoligami seramai lapan orang isteri berdasarkan 1 Tawarikh 3: 1-9 dan Samuel 18: 27.

Poligami Dalam Buddha

Di dalam agama Buddha tidak ada larangan khusus mengenai poligami. Larangan berkahwin hanya untuk golongan monastik (sami-sami) mengikut ajaran Vinaya Pitaka.

Mengikut catatan sejarah China mengatakan Gautama Buddha memiliki tiga isteri iaitu Yashodhara, Gotami dan Manohara. Manakala mengikut cacatan lain menyebut Buddha memiliki empat isteri iaitu Yashodhara, Mrijaga atau Gopa, Utpalavarna, dan Gotami.[1] Ada pandangan mengatakan ia berlaku sebelum beliau memulakan pertapaan.

Manakala Maharaja China pada zaman Dinasti Tang (650-906 M) iaitu Maharaja Gaozong dan Maharaja Hongwu pada Dinasti Ming (1368- 1644 M) merupakan maharaja yang kuat beragama Buddha. Akan tetapi di dalam cacatan sejarah menunjukkan mereka berpoligami dengan memiliki ramai isteri dan gundik-gundik.

Poligami Dalam Hindu

Begitu juga dengan kitab agama Hindu juga dinukilkan terdapat banyak kisah dewa dan tokoh mereka berpoligami. Di dalam kitab Vishnu Purana disebut Krishna sendiri memiliki 16 100 orang isteri. Di dalam kitab Ramayana pula menyebut bapa kepada dewa Rama iaitu raja Dashratha juga berpoligami dan isterinya bernama Kausalya, Kaikeyi, dan Sumitra.

Di dalam kitab agama Hindu yang lain juga membenarkan poligami seperti dalam kitab Apastamba Dharmasutra & Manusmriti.

Malah di India, sebelum tahun 1956, masyarakat beragama Hindu masih lagi bebas berpoligami, hanya selepas pada tahun 1956 barulah akta perundangan tidak benarkan mereka berpoligami, kecuali muslim.

Tamadun Lain

Dalam buku Evolution of Marriage: And of The Family ada menceritakan bagaimana bentuk setiap agama dan tamadun menganjurkan pernikahan. Hakikatnya jelas bahawa sebelum datangnya al Quran, masyarakat dunia sudah mengamalkan hidup dengan berpoligami terutama orang-orang ternama seperti raja dan ketua kabilah. Di Rom, Parsi, Madian, Firaun di Mesir, dan di mana-mana empayar sekalipun sudah direkodkan bahawa berlakunya poligami di dalam masyarakatnya malah pernikahan mereka itu tidak teratur dan tidak memiliki had untuk jumlah isteri mereka. Orang lelaki pada suatu ketika dahulu boleh berkahwin sebanyak mungkin wanita-wanita mereka malah mereka tidak ada garis panduan untuk membangunkan hak keadilan kepada wanita.

Poligami Dalam Islam

Sesungguhnya apabila diturunkan al Quran kepada nabi Muhammad sekitar 1440 tahun dahulu, ia bukanlah kitab yang memperkenalkan poligami kerana jauh sebelum itu manusia telah mengamalkan poligami. Akan tetapi di dalam al Quran, Allah menyebut supaya lelaki memilih monogami malah menghadkan kepada lelaki supaya tidak boleh melebihi empat orang isteri sepertimana disebut di dalam surah an Nisa ayat 3 yang bermaksud:

“Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi masing-masing dua, tiga, atau empat kemudian jika kalian takut tidak akan dapat berlaku adil, kahwinilah seorang saja.”

Ayat ini فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً menekankan akan soal keadilan dan menyarankan supaya lelaki berkahwin seorang sahaja.

Kesimpulan

Sebelum datangnya al Quran, agama-agama dan tamadun sebelum nabi Muhammad sudah mengamalkan poligami.

Al Quran bukanlah kitab yang memperkenalkan poligami tetapi ia adalah kitab yang menghadkan dan mengawal poligami.

Nota kaki:
_____________________________
[1] Lihat E. A Wallis Budge, (1923). Baralam and Yewasef: Being The Ethiopic Version of A Christianized Recention of The Buddhist Legend of The Buddha and The Boddhisattva, Cambridge Universiti Press, USA, hlm xlv / Lihat Amamath Thakur, (1996). Buddha And Buddhist Synods In India And Abroad, abhinav publications, New Delhi, hlm 24

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close