isu semasa

Siapa yang Sengaja Korek, Edit Video Pendakwah Untuk Cetus Kebencian Hindu & Muslim?

Pertelingkahan dalam kalangan masyarakat yang dicetuskan oleh segelintir pihak yang miliki agenda tersendiri tampak semakin meruncing baru – baru ini.

Mereka dilihat miliki modus operandi licik dengan cara mengorek video – video pendakwah tertentu yang disasarkan, walaupun video tersebut sudah lama, bukan disasar kepada orang awam, malah bersifat personal, kemudian disebar dan ditularkan untuk mencetus perbalahan dan kebencian.

Isi kandungan video – video tersebut juga sengaja dipersembah di luar konteks, walaupun berlatarbelakangkan perbincangan akademik dan menjawab tuduhan – tuduhan.

Terbaru, selain kes Zamri Vinoth yang meletup naik ke pengetahuan umum, video pendakwah perbandingan agama Shah Kirit juga telah dipotong, disunting dan disebar – sebarkan.

Lebih mengejutkan, video tersebut sudah hampir berusia 20 tahun! Video tersebut pernah dimuat naik di Youtube pada tahun 2008, kemudian laporan polis dibuat pada tahun 2009, yang kemudian ditularkan semula 10 tahun kemudian.

Lantaran daripada video itu, Shah Kirit telah menerima ugutan, cercaan dan ancaman bunuh.

Turut menerima nasib yang sama, adalah Dr MAZA yang diugut oleh sekelompok penganut Hindu kerana terdapat pihak yang menularkan video beliau yang dikatakan ‘menghina Hindu’ lantaran menceritakan tentang kisah ‘Tuhan kepala gajah’.

Kisah tentang Ganesh berkepala gajah itu boleh dipelajari menerusi animasi Hindu yang disasarkan kepada kanak – kanak keluaran saluran Youtube India di bawah:

Persoalannya, siapa yang sengaja mengorek dan mengapi – apikan perbalahan Muslim – India ini? Bagaimana tiba-tiba lahirnya segelintir ekstrimis Hindu di kalangan Hindu yang majoritinya adalah baik dan tidak ekstrim? Siapakah yang mengapi-apikan Hindu yang baik-baik ini untuk berdemonstrasi?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close