isu semasa

Bengang Permintaan Tidak Dilayan, Hindraf Salahkan Perlembagaan

Sebuah video tentang desakan Hindraf menangkap pendakwah – pendakwah termasuk Firdaus Wong, Zamri Vinoth dan Kamaruddin Abdullah tersebar di media sosial.

Video tersebut menampilkan kemarahan seorang pemuka Hindraf, Sashi Kumar, terhadap badan kerajaan yang ‘tidak mengambil tindakan’ terhadap pendakwah – pendakwah tersebut, walaupun setelah mereka berkali – kali mendesak Kementerian, termasuk pejabat Perdana Menteri, TS Muhyiddin, Bukit Aman, malah JAKIM.

“Kami telah ubah kerajaan daripada BN kepada PH. Kami mahu perubahan! Tapi tiada apa yang berubah … Jadi ini pasti disebabkan oleh Perlembagaan!”

Sashi Kumar, Hindraf

Tidak dinyatakan secara jelas bahagian perlembagaan mana ‘yang bermasalah’ dan mahu diubah, namun yang paling ketara dan paling berkemungkinan adalah perkara 3 (1), yang menyebut:

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan

Serta perkara 11 (4);

“Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang – undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Rentetan daripada insiden yang berlaku baru – baru ini, kini naik suara – suara untuk menterbalikkan pula perkara 11 (4).

Kini terdapat pula seruan untuk menghalang penyebaran Islam kepada bukan Islam. ini jelas mencanggahi perlembagaan.

Pendakwaan terpilih Sashi Kumar jelas apabila dia menempelak Firdaus Wong yang menjawab tuduhan kumpulan Hindu terhadap Simbol Pahang yang mengatakannya sebagai Vel Dewa Murugan.

Sebaliknya, jawapan balas tersebut pula yang dianggap mereka sebagai memecah keharmonian agama, sedangkan tuduhan asal terhadap tradisi raja Melayu dianggap tidak bermasalah dan disenyapkan dalam video tersebut.

Hindraf kini memiliki posisi di dalam kerajaan menerusi P Waythamoorthy yang memegang jawatan Menteri Perpaduan, Kula Segaran , Menteri Sumber Manusia yang pernah menjadi peguam Hindraf, serta Ganabatirau yang memegang jawatan exco Selangor.

Selain itu, keceluparan mereka mengfitnah Islam dan Muslim yang tidak dikenakan tindakan seolah-olah telah memberikan lesen untuk penyokong mereka mencabar undang-undang negara setelah melihat pemimpin mereka boleh terlepas dari tindakan undang-undang.

  • Ucapan Waythamoorthy yang memfitnah kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan, didiskriminasi, serta kuil – kuil Hindu dirobohkan. Untuk rekod , Waythamoorthy masih belum meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan beliau.
  • Kula Segaran mengatakan Melayu sebagai pendatang, diikuti oleh ucapan rasis di PRK Rantau yang masih belum mendapat apa – apa hukuman.
  • Ganabatirau menyalahkan Muslim dalam rusuhan Kuil.
Image result for ganabatirau

Apa lagi yang mereka akan salahkan dan apa lagi yang mereka akan tuntut selepas ini? Majoriti orang India dan Hindu baik tetapi barangkali diapi-apikan sentimen oleh mereka yang berkepentingan.

Related Articles

One Comment

  1. Sashi Kumar ckap kita ada masalah perkauman, tapi ko silap Sashi.. xde pun sebenarnya, ko claim Ustaz Zamri Vinoth cetuskan perkauman, Zamri Vinoth tu bangsa apa??? lawak betul…. akan ramai lagi MUALAF mcm Zamri Vinoth akan wujud. Insha Allah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close