isu semasa

Zamri Vinoth Segera Ditangkap Setelah Beberapa Laporan Polis, Bagaimana dengan Waythamoorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran, Arunakiri?

Seorang pendakwah bebas ditangkap polis setelah dikatakan ‘menghina agama Hindu’ berikutan tularnya video beliau menceritakan pengalamannya sebelum memeluk Islam.

Dalam sebuah video, beliau menceritakan bahawa beliau diajar jumlah Tuhan dalam agama Hindu begitu banyak sehingga mencecah jutaan.

Dalam video lain yang turut dikecam, beliau menjawab tuduhan sesetengah Hindu bahawa Hajarul Aswad adalah Shiva Lingam.

Antara komen yang biasa ditemui menuduh Hajarul Aswad sebagai Shivalingam

Video beliau menjawab tuduhan ini kemudian disebar dan ditularkan dan beliau dipersalahkan sebagai ‘mencetus perpecahan kaum dan agama’.

Laporan – laporan polis kemudian dibuat dan tidak sampai beberapa hari selepas tersebarnya potongan – potongan klip terbabit, beliau ditahan dan ditahan reman selama 4 hari.

Beliau juga telah menerima berbagai – bagai ancaman bunuh termasuklah daripada sebahagian pihak yang mengancam ingin memenggal kepala beliau sekiranya berjumpa. Turut disebarkan adalah alamat tempat tinggal beliau.

Memberi komen tentang hal ini, Firdaus Wong memuji tindakan pihak polis yang cepat bertindak dan sekiranya terbukti beliau bersalah, sebagai Muslim beliau tidak akan mempertahankannya.

Namun beberapa persoalan turut dikemukakan beliau:

  • Kenyataan Zamri Vinoth manakah yang menghina Hindu? Kenyataan beliau yang mengatakan Hindu sembah 330 juta tuhan atau mengatakan Siva Lingam itu adalah kemaluan tuhan mereka?
  • Adakah Zamri berbohong dan mengfitnah agama Hindu ataupun apa yang beliau katakan itu adalah sesuatu yang ada asasnya? Jikalau berbohong maka itu sesuatu yang tak patut dilakukan seorang Muslim tetapi jikalau apa yang dikatakannya ada asasnya, maka apakah berkata sesuatu yang benar itu dikira menghina?
  • Zamri direman 4 hari setelah beberapa laporan polis tetapi bagaimana dengan P Waythamoorthy & P Ramasamy, M Kulasegaran?

Untuk rekod , Waythamoorthy masih belum meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan beliau kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan, didiskriminasi, serta kuil – kuil Hindu dirobohkan.

Ratusan laporan polis telah dibuat terhadap Waythamoorthy, namun masih tiada tindakan sehingga hari ini.

Tahun lepas, P Ramasamy telah menerima 53 laporan polis berkaitan penglibatan beliau dalam kumpulan pengganas LTTE, namun begitu juga, beliau masih bebas.

Kula segaran pula baru – baru ini mencetuskan ketegangan kaum apabila menyatakan orang Melayu sebagai pendatang, sehingga mencetus laporan polis.

Pada PRK Rantau yang lepas, Kula Segaran turut dikecam apabila menggunakan modal politik rasis untuk meraih undi pada harga risiko perpecahan kaum.

Sekali lagi, laporan polis turut dibuat, namun sekarang masih tidak menampakkan apa – apa kesan.

Seorang ekstrimis Hindu bernama Arun juga berkali – kali menghambur kata – kata ekstrim, membuat kekacauan, memaki hamun, memfitnah, namun kini masih bebas menggunakan media sosial membuat rakaman video cercaan dan makian.

Individu kontroversi Arunakiri baru – baru ini juga telah merakam live videonya menghina Sultan, Agong dan orang Melayu. Arun mengatakan Sultan, Agong dan orang Melayu Islam sebagai ditipu Zakir Naik, tak boleh belajar , tak miliki IQ tinggi, hanya mahu terima duit, tak mahu ilmu, dan pertikai Sultan tak bantu orang Cina, India dan Melayu.

Rentetan daripada insiden – insiden ini, Firdaus Wong mempersoal sama ada kedudukan Islam sememangnya sedang diancam.

“Beberapa persoalan yang timbul setelah berdiam diri beberapa hari ini bagi menganalisis perkembangan semasa dan melihat seolah-olah Islam semakin diancam gerakan ekstrimis agama Hindu.


Sentimen yang saya terima daripada masyarakat Muslim apabila berceramah di seluruh negara adalah Islam diperlekeh dan dihina malahan ramai yang memberitahu saya setelah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan ambil alih, tindakan double standard di mana andai Muslim tindakan cepat dikenakan tetapi andai Non Muslim terutamanya ahli politik maka kes digugurkan atau tiada tindakan atau senyap.


Itu yang saya dengar dan terima dari orang ramai. Apa pendapat sahabat semua?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close